suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fazley Yaakob penat jawab soalan jodoh, dah anggap Cik B macam anak sendiri

Fazley dilihat rapat dengan Vida.

SERING diasak soalan mengenai jodoh, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob bagaikan hilang kata-kata untuk memberikan penjelasan hubungan rapatnya dengan usahawan Datuk Seri Vida.

Menerima baik setiap doa yang dititipkan, Fazley, 47, memberitahu dia sentiasa memberikan jawapan selamat apabila persoalan berkaitan jodoh antara mereka menjadi bualan.

"Kepada yang mendoakan, terima kasih banyak. Kepada yang bertanya, saya rasa banyak dah saya cuba jawab dalam cara yang paling natural.

Perkongsian Fazley di Threads. 

"Sampai dah tak tahu nak jawab macam mana lagi," katanya.

Fazley menulis perkara tersebut di laman Threads miliknya sambil berseloroh meminta agar tidak lagi ditanya mengenai perkara berkenaan.

Dalam pada itu, penyanyi ini turut mengakui hubungannya dengan dua orang anak Vida semakin rapat.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob mengaku Vida ada ciri-ciri isteri sempurna... Rupanya kerja anak cuba ‘kenen-kenenkan’ 

ARTIKEL BERKAITAN: Mesra anak Vida layan Fazley Yaakob, seluar ketat jadi bualan - “Salah saiz ke?”

"Cik B dan Kacak tu memang saya dah anggap macam anak sendiri. Payish serta anak-anak saya pun selesa dengan Vida," ujarnya.

Kisah hubungan rapat Fazley dan Vida mula menjadi bualan selepas mereka sama-sama terlibat dalam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Malah, mereka juga dilihat sering meluangkan masa bersama termasuk menghadiri konsert penyanyi Nourul Depp di Kuala Lumpur.

Hubungan rapat Fazley dan Vida sering menjadi bualan. 

Dalam temu bual sebelum ini, Fazley mengakui dia kagum dengan keperibadian Vida yang membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal.

Untuk rekod, Fazley sebelum ini pernah berkahwin dengan Azrene Soraya pada tahun 2006, namun bercerai pada tahun 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain