suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fify Azmi sebut nama ‘NZ’, tak sangka kekasih kantoi curang di hari ulang tahun

Fify kini sudah move on dan meneruskan hidup dengan lebih tenang.

SELEPAS membuat pendedahan kekasihnya berlaku curang, pelakon Fify Azmi tampil memberi bayangan individu yang dimaksudkan sebagai seseorang bernama 'NZ'.

Enggan terus terikat dalam hubungan tersebut, Fify atau Nur Afiqah Mohamed Azmi, 36, juga berharap akan dipertemukan dengan seseorang yang lebih baik dan ikhlas mencintainya pada masa hadapan.

"NZ, semoga segala urusan yang mendatang akan dipermudahkan.

Luahan Fify di Threads. 

"Saya melangkah ke fasa baru dengan lebih tenang, kuat dan penuh harga diri. Apa yang ditakdirkan untuk saya akan datang, dan apa yang pergi sememangnya bukan untuk kekal.

"Semoga kita semua dipertemukan dengan insan yang ikhlas, baik hati dan sesuai untuk menemani perjalanan hidup kita," luahnya.

Fify menulis perkara tersebut di laman Threads miliknya selepas dia berkongsi luahan tentang dikhianati dalam perhubungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fify Azmi kongsi kisah dikhianati, dedah perbualan nakal dipercayai kekasih dengan wanita lain 

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak perlu jelaskan apa-apa, Niezam Zaidi, Fify Azmi masih ‘partner’

Pelakon itu dalam masa sama menjelaskan dia tidak akan mengambil tindakan untuk menyerang wanita yang didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan teman lelakinya.

Namun, di sebalik itu, perkara yang paling menyedihkan buat Fify adalah apabila dia mengetahui kisah kecurangan tersebut berlaku pada hari sambutan ulang tahun kelahirannya pada April lalu.

"Saya bukan wanita yang akan menyerang atau memaki perempuan kerana dikhianati lelaki. Jika pasangan berlaku curang, maka kekecewaan saya ditujukan kepada individu yang sepatutnya memberi kesetiaan dan menunaikan janji.

Fify membuat pendedahan mendakwa teman lelakinya berlaku curang. 

"Soalan yang selalu bermain dalam fikiran ialah, kenapa seseorang sanggup berbuat begini? Saya termenung dan tertanya-tanya mengapa seseorang yang menyatakan cinta sanggup menyakiti.

"Bukan pada hari biasa, tetapi pada hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-36," luahnya.

Fify sebelum ini mengejutkan ramai apabila membuat pendedahan mengenai perkara tersebut, termasuk memuat naik tangkap layar perbualan teman lelakinya dengan seorang wanita lain.

Pengalaman itu telah membuka mata Fify untuk menerima hakikat bahawa hubungan tersebut bukanlah yang terbaik buat dirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain