KEBIASAAN meluangkan masa bersama adik tersayang membuatkan penyanyi Umairah sukar menyembunyikan rasa sedih apabila Amad Dayyan mengambil keputusan berpindah ke Kuantan, Pahang. Umairah atau Ummi Umairah Saiful Anuar, 15, berkata kehilangan adik yang sentiasa bersama menyebabkan kehidupannya terasa kosong meskipun mereka masih lagi berhubung seperti biasa. “Amad suka kacau saya. Saya ini jenis suka duduk dalam bilik. Kami selalu menyanyi sama-sama. “Rasanya semua orang tahu, kalau ada show atau buat live memang kami berdua. Umairah sentiasa mahukan yang terbaik buat adiknya.“Jadi bila dah tak duduk sekali dengan Amad saya rasa macam kosonglah tapi tak mengapa kami masih berhubung,” katanya kepada mStar.Umairah berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu Hujung Indah yang diadakan di Hotel Ideas, Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam pada itu, Umairah mengakui berasa terkejut dengan keputusan Amad yang mahu menyambung persekolahan di sana. Menurutnya, Amad bukan sekadar adik, malah individu yang sering menjadi tempat dia berkongsi cerita dan meluahkan perasaan.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Siti Saerah reda Amad Dayyan berpindah ke Kuantan, tak halang pilihan anak… "Saya sedih sampai tak boleh tidur"ARTIKEL BERKAITAN: Amad Dayyan utamakan pelajaran, pilih sekolah di Kuantan“Nak buat macam mana Allah dah tentukan, saya terkejut juga waktu itu saya di asrama, tahu-tahu dia (Amad) dah pindah. “Tapi sebelum dia pindah sempatlah jumpa saya. Dia cakap saya kena kuat. “Adik-adik saya yang lain masih kecil lagi, jadi selepas ini saya nak berkongsi cerita dengan siapa?,” ujarnya.Mengulas lanjut, Umairah berkata hubungan rapat yang terjalin antara mereka membuatkan pemergian Amad memberi kesan besar dalam hidupnya.“Saya memang rapat dengan Amad. Banyaklah saya tanya apa masalah dia tapi tak bolehlah nak kongsikan kepada semua. Umairah tidak menghalang Amad (kanan) untuk tinggal bersama bapa mereka.“Biar kami sekeluarga saja tahu. Amad baru saja pindah dua minggu lepas. Dia nak duduk dengan ayah. “Saya ada cakap kalau cuti, sama ada saya balik Kuantan atau Amad datang ke Kuala Lumpur,” katanya. Sebelum ini, ibu Umairah iaitu penyanyi Siti Saerah tidak dapat menyembunyikan rasa sedih apabila Amad mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuantan, Pahang dan tinggal bersama bekas suaminya, Saiful Anuar.Kata Saerah, walaupun berat untuk menerima hakikat tersebut, dia menghormati keputusan anaknya yang mahu mencorakkan haluan hidup sendiri.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!