KELIBAT penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee, yang sebelum ini 'berselubung' akhirnya terjawab apabila dia memberitahu sengaja tampil dengan imej sedemikian agar tidak timbul kekeliruan dalam kalangan peminat.Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 35, yang menghidap penyakit autoimun hipertiroid berkata perubahan pada bentuk fizikalnya turut mendorong dia untuk tidak terlalu terdedah kepada umum. “Saya ada keluar rumah, tapi tak adalah berselubung sangat. Kalau keluar pun saya pakai topi dan pelitup muka, mungkin sebab itu ramai tak perasan.Andi berkongsi masalah kesihatan yang dialami. “Dalam bidang ini memang perlukan perhatian, tapi waktu itu teaser video sedang berjalan. Saya tak nak orang keliru.“Nanti orang kata ‘kejap nampak badan lain, dalam video lain pula’, siap tuduh saya buat macam-macam. Jadi saya elakkan benda itu,” katanya kepada mStar.Andi berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pra-dengar album terbaharunya berjudul Ding Geding yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Pulih daripada masalah kesihatan, Andi Bernadee luah ‘Aku Nak Kahwin’ ARTIKEL BERKAITAN: Berselubung dengan kain putih, Andi Bernadee belum sedia tunjuk wajah... Masih dalam proses penyembuhanDisebabkan masalah kesihatan yang dialami, berat badan Andi turun sehingga lebih 20 kilogram.Namun, kini dia kembali mencapai berat badan ideal selepas menjalani rawatan selain mengamalkan diet yang seimbang.“Sekarang berat badan saya sudah mencecah 67 kilogram, masa sakit dulu turun sampai 46 kilogram. Nanti orang kata ‘kejap nampak badan lain, dalam video lain pula’, siap tuduh saya buat macam-macamANDI BERNADEEPENYANYI“Sebenarnya saya sudah hidup dengan penyakit ini lebih setahun, cuma saya menafikannya dan tetap meneruskan kerja seperti biasa, pergi ke set dan menyanyi,” katanya.Bercakap lanjut, penyanyi itu memberitahu dia terpaksa mengambil sebanyak 15 biji ubat sehari selepas disahkan menghidap penyakit berkenaan sejak tahun lalu.“Penyakit saya ini autoimun hipertiroid, di mana hormon badan saya berlebihan. Bila berlebihan, ia akan menyerang organ-organ lain.Berat badan Andi turun mendadak disebabkan masalah kesihatan. “Saya alami gigi bernanah sampai tiga bulan tak berhenti. Berdiri pun semput, bawa kereta tak boleh tekan pedal minyak sebab badan menggigil. Tengah tidur pula boleh menjerit sebab kekejangan.“Alhamdulillah, saya baru keluar hospital semalam. Sekarang hanya perlu makan dua biji ubat sahaja sehari," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!