suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terpaksa membongkok ambil gambar, Imran Ajmain janggal dengan ketinggian sendiri

Imran mempunyai ketinggian mencecah 189 sentimeter.

MEMILIKI ketinggian fizikal mencecah 189 sentimeter menjadi satu cabaran buat penyanyi Imran Ajmain, terutama ketika dia berdepan situasi sering menjadi tumpuan ramai.  

Imran atau nama sebenarnya Ahmad Imranullah Ahmad Husaini Ajmain, 45, berkata meskipun ketinggian sering dianggap satu kelebihan, ia tidak semestinya memberi pengalaman yang mudah, lebih-lebih lagi bagi individu yang pemalu dan bersifat introvert.

Menurutnya, rasa kurang selesa dengan perhatian orang ramai ketika itu membuatkan dia sering cuba 'merendahkan' diri secara fizikal, termasuk membongkok ketika bergambar.

Luahan Imran yang dimuat naik di Threads miliknya.

Luahan Imran yang dimuat naik di Threads miliknya.

"Walaupun ketinggian melebihi lelaki average sering diidam-idamkan, ia tidak sentiasa memberi kesan positif lagi-lagi untuk lelaki pemalu atau introvert. 

"Ya, saya bangga dan bersyukur sekarang tetapi bila melihat kembali zaman muda, memang kekok dan janggal berhadapan dengan orang. Malu dan segan sampai membongkok. 

"Tak tahu apa masalah dulu bongkokkan badan macam itu bila bergambar dengan orang," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Imran Ajmain turun 33 kilogram dalam tempoh 2 tahun, tak bersenam amal diet ‘potong’ gula

ARTIKEL BERKAITAN: Imran Ajmain ada rasa takut rezeki melimpah ruah, sedar sedang berdepan ujian

Imran berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya berserta beberapa gambar kenangan dia bersama rakan selebriti yang menunjukkan perbezaan tahap ketinggian mereka. 

Dalam pada itu, Imran memberitahu kini pandangannya terhadap ketinggian tersebut telah berubah.

Kongsinya, dia lebih menerima keadaan tersebut dan menganggapnya sebagai identiti yang unik.

"Sekarang bila orang cakap 'awak ni tinggi sangat', saya selalu betulkan salah tu, saya sangat tinggi. Tahu bezanya kan?," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain