suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak tergamak nak sebut, Syatilla Melvin pelik wujud stigma mengikut kelas... Tidak selesa guna istilah B40

Syatilla anggap gelar orang b40 adalah hinaan.

PELAKON Syatilla Melvin meluahkan rasa kurang selesa menggunakan istilah B40, apatah lagi jika ia dijadikan bahan untuk menghina golongan tertentu.

Menurut Syatilla atau lebih mesra disapa Tilla, 35, dia sendiri tidak tergamak untuk menyebut istilah itu kerana merasakan ia terlalu sensitif.

“Tak tahu kenapa, tapi untuk aku nak sebut perkataan B40 pun rasa tak tergamak sangat, apatah lagi nak menghina.

Luahan hati Syatilla berkenaan B40.

“Keluarga dan adik-beradik kita semua dalam golongan itu. Yang menyokong perniagaan pun 70 peratus daripada mereka,” luahnya menerusi hantaran di Thread.

Dalam masa sama, Tilla turut mempersoalkan sikap segelintir pihak yang gemar membezakan darjat manusia berdasarkan status kewangan.

Jelasnya, mentaliti seperti itu tidak perlu wujud dan dia yakin setiap individu mempunyai kelebihan tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Syatilla Melvin sedia ‘gotong-royong’ bela adik, dakwa Syida jadi mangsa lelaki narsisistik... “Benda ni dah lama kami simpan”

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali balik kampung naik 'train', Syatilla Melvin kongsi dompet anak tercicir di stesen Sungai Buloh

“Kenapa eh perlu ada mindset ‘class kita tak sama’? Tak dinafikan memang manusia ni macam-macam perangai dia.

“Tapi hujung-hujung kita semua sama juga. Faham tak maksud Tilla?” ujarnya lagi.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata bersetuju dengan pandangan pelakon itu agar masyarakat lebih menghormati antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain