suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syatilla Melvin sedia ‘gotong-royong’ bela adik, dakwa Syida jadi mangsa lelaki narsisistik... “Benda ni dah lama kami simpan”

Syatilla bersuara pertahankan adiknya.

SELEPAS Syida Melvin membuka mulut mendedahkan beberapa isu berkait hal rumah tangganya, kali ini pelakon Syatilla pula tampil bersuara mempertahankan adiknya itu.

Syatilla atau Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 35, secara berseloroh memberitahu dia perlu turun padang 'bergotong-royong' membela adiknya itu. 

Kata Syatilla lagi, Syida berdepan situasi sangat sukar kerana perlu berurusan dengan manusia yang mempunyai masalah narsisistik. 

Perkongsian Syatilla di Threads. 

"Saya memang tak nak campur hal rumah tangga adik-beradik, tapi bila melibatkan NPD (gangguan personaliti narsisistik), saya kena turun padang gotong-royong.

"NPD bukan kes biasa-biasa," katanya dalam satu hantaran di Threads. 

Syatilla dalam masa sama mendedahkan masalah rumah tangga Syida bukanlah satu perkara baharu, namun sebelum ini dia memilih jalan berdiam. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dah macam pengemis, Syida Melvin terpaksa tanggung hutang syarikat... Dikejar bank gara-gara tak bayar tunggakan rumah 

ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin fail cerai terhadap suami

Sementara itu dalam satu hantaran di InstaStory, pelakon ini turut menegaskan hubungan mereka adik-beradik kekal utuh dan akan sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain. 

Dalam masa sama, Syatilla memberitahu Syida kuat berdepan ujian selepas menerima sokongan keluarga.  

"Benda ini dah lama kami simpan. Yang pernah hadap sahaja faham. 

NPD bukan kes biasa-biasa

SYATILLA MELVIN

PELAKON 

"Kalau melibatkan benda lain aku memang tak kuasa campur hal rumah tangga orang. Tapi NPD ini kes istimewa. Darah daging aku. Dia silap sebab ikatan kami terlalu luar biasa. 

"Mangsa NPD kali ini ada support sistem yang amat dahsyat kuat. Kalau orang lain mungkin dah gila, tapi adik akau tidak akan gila sebab dia tahu tak bernilai," tegasnya. 

Sebelum ini, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, berkongsi tentang isu tunggakan hutang melibatkan syarikat di atas namanya bersama suami. 

Syida mendapat sokongan penuh keluarga. 

Menerusi laporan mStar pada 13 April lalu, Syida dilaporkan memfailkan cerai terhadap suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen pada Disember tahun lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 19 Januari 2019 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda serta Serhan Isa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Artikel Lain