suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Norreen Iman sah cerai talak satu

Norreen dan suami dilaporkan sah bercerai.

PELAKON Norreen Iman sah bercerai talak satu dengan suaminya, Mohd Raizi Abdul Razak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Menerusi perkongsian di Instagram Melodi, pasangan tersebut hadir ke mahkamah bagi tuju menyelesaikan perceraian mereka. 

Kedua-dua pihak bagaiamanapun dilihat tidak memberi sebarang respons ketika bertemu media di luar mahkamah. 

Norreen tidak mengulas tentang isu rumah tangga ketika bertemu media sebelum ini. 

Norreen, 32, sebelum itu berkongsi satu hantaran ringkas menulis 'Bismillahirahmanirahim' di laman Threads miliknya sebelum ke mahkamah. 

Sebelum ini kehadirian Norreen dan Raizi mahkamah menjadi pada 29 April lalu menjadi tanda tanya ramai. 

Dipercayai mereka hadir bagi tujuan prosiding pengesahan lafaz cerai. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hadir mahkamah syariah, Norreen Iman hanya senyum mengadu lapar 

ARTIKEL BERKAITAN: “Video korang lagi sedih” - Norreen Iman terkedu tengok netizen muat naik klip simpati isu rumah tangga

Untuk rekod, Norreen dan Raizi mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman sah bercerai talak satu dengan suami, Mohd Raizi Abd Razak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain