suria

“Video korang lagi sedih” - Norreen Iman terkedu tengok netizen muat naik klip simpati isu rumah tangga

Norreen minta agar orang ramai tidak bertanya tentang status rumah tangganya.

PELAKON Norreen Iman kekal dengan pendirian untuk tidak berkongsi mengenai status rumah tangganya bersama suami, Mohd Raizi Abd Razak yang masih menjadi tanda tanya ramai. 

Bagi Norreen, 32, tiada keperluan untuk dia menjelaskan hal tersebut dan berharap orang ramai dapat menghormati isu peribadinya. 

"Saya rasa tiada keperluan untuk jelaskan tentang hal peribadi. Biarkan sahaja. 

"Saya harap orang hormat keputusan saya untuk simpan kisah peribadi. Terima kasih atas doa dan nasihat yang menjentik hati kita, saya amat hargai," katanya. 

Norreen menonton suntingan video netizen. 

Norreen menulis perkara tersebut di Instagram sambil menonton pelbagai respons video yang disunting netizen mengaitkan kehadirannya ke mahkamah syariah pada Rabu. 

Pelakon ini juga menegaskan beberapa klip video di media sosial seolah-olah memberi gambaran mereka sudah berpisah bukan dimuat naik olehnya. 

Malah, dia mengakui video suntingan netizen itu lebih menyedihkan daripada realiti sebenar dilaluinya.

“Apa aku nak react ni? Video korang lagi menyedihkan sebenarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hadir mahkamah syariah, Norreen Iman hanya senyum mengadu lapar 

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh perguna pembantu rumah berniaga cilok, Norreen Iman mahu bantu Bibik Anah jana pendapatan

"Saya faham ramai yang prihatin, terima kasih. Saya sendiri tidaklah nak buat video macam itu. Itu bukan saya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Norreen turut memberikan penjelasan berkaitan jawapan ringkas ketika dia bertemu media di mahkamah. 

"Saya juga jelaskan tentang jawapan 'saya lapar je sekarang ini', sebab saya memang betul lapar ketika itu," ujarnya. 

Kehadiran Norreen dan suami ke mahkamah menimbulkan tanda tanya. 

Menerusi kenyataan di luar pintu mahkamah, difahamkan Norren dan Raizi hadir bagi tujuan pengesahan lafaz cerai. 

Bagaimanapun pasangan tersebut enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung kemelut rumah tangga mereka. 

Untuk rekod, Norreen dan Raizi mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain