PENYANYI Wany Hasrita tampil menegur seorang pengguna media sosial yang menggunakan gambarnya dengan memberikan kenyataan berunsur fitnah di laman Threads.Secara berhemah, Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 34, meminta individu berkenaan memadamkan gambar tersebut susulan status tidak benar menulis kononnya dia sudah bergelar janda. "Jom delete gambar saya sementara tengah baik," katanya ringkas.Komen ringkas yang ditulis Wany. Komen Wany itu dilihat sebagai satu peringatan awal sebelum dia mengambil sebarang tindakan lanjut terhadap akaun berkenaan.Sementara itu, rakan artis Ara Johari turut memberi teguran dengan meminta gambar tersebut segera diturunkan kerana telah menimbulkan salah faham dalam kalangan peminat."Izinkan saya menggunakan bahasa kasar. Perangai kau memang celaka!ARTIKEL BERKAITAN: Sentuhan tradisional dan moden, Wany Hasrita pertaruh ‘Lembayung Tari’ ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita dalam fasa 'mom guilt', ingatkan diri kerja demi masa depan anak"Orang masih ada suami, kau jandakan macam itu sahaja. Padam sekarang!" tegasnya.Hantaran individu berkenaan turut mendapat respons peminat Wany yang menuntut perkara sama selain memberi cadangan kepada penyanyi itu agar segera mengambil tindakan.Menerusi satu akaun menggunakan nama @nurfatinsahearah, beberapa keping foto Wany digunakan dengan tujuan mempromosi diri sendiri.Ara turut meluahkan rasa marah apabila timbul salah faham tentang Wany.Hantaran tersebut menulis status memberitahu dirinya sebagai janda dan bersedia untuk mencari pasangan baharu."Janda, tapi masih ada ruang. Kalau serius, jom kenal baik-baik," tulis akaun berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!