PENYANYI Wany Hasrita tampil mempertaruhkan single terbaharu berjudul Lembayung Tari yang mengangkat elemen pop etnik serta sarat dengan nuansa misteri. Menurut Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 34, lagu itu cukup dekat di hatinya kerana memberi ruang kepada pendengar untuk 'berhenti seketika' daripada kesibukan hidup dan menikmati keindahan rasa melalui muzik serta seni tari. “Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan rutin harian. Saya harap Lembayung Tari dapat menjadi teman yang menenangkan, walau hanya untuk beberapa minit,” katanya. Wany memberitahu lagu Lembayung Tari begitu dekat dihatinya.Lagu hasil ciptaan komposer Hael Husaini dan Iqie Hugh itu menggabungkan elemen tradisional dan sentuhan moden yang mengajak pendengar menyelami ketenangan jiwa melalui irama.Karya baharu ini juga dianggap percubaan berani Wany dalam mengangkat bunyi etnik kontemporari ke arus perdana.ARTIKEL BERKAITAN: AJL jadi sasaran, Wany Hasrita usaha sampai dapatARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita dalam fasa 'mom guilt', ingatkan diri kerja demi masa depan anakSecara simboliknya, Lembayung Tari mengisahkan detik magis di waktu senja saat peralihan cahaya yang melambangkan ketenangan, keindahan serta penyembuhan jiwa.Melalui metafora tarian dan lembayung cahaya, lagu ini menggambarkan bagaimana seni mampu menjadi bahasa perasaan dan penawar emosi tanpa perlu dilafazkan.Lembayung Tari diterbitkan oleh Wany Hasrita Entertainment dengan kerjasama Maison Management dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.Single baharu Wany ini boleh didengar di semua platform penstriman digital utama.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!