suria
mStar - Urban.Versatil

Meerqeen pemenang trofi Gempak Most Wanted Awards 2025, raih 2.5 juta undian

Meerqeen turut menang kategori Selebriti Tergempak.

BUAT julung kalinya, pelakon Meerqeen meraih undian sebanyak 2.5 juta sekali gus dinobatkan sebagai pemenang trofi utama kategori Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA2025) yang berlangsung pada malam Ahad.

Lebih mengujakan, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 25, turut memenangi kategori Selebriti Tergempak. 

Selain itu drama lakonannya iaitu  Thariq Ridzuwan His Treasure turut dinobatkan sebagai Drama Tergempak. 

"Ini adalah permulaan 2026 yang indah dan saya sedang sediakan sesuatu yang hebat untuk semua. 

"Saya tahu saya gemuk dan besar sekarang tapi hanya untuk sementara, nantikan kejutan saya untuk semua," katanya dalam ucapan di atas pentas.

Sekadar info kemenangan itu berdasarkan 50 peratus undian peminat dan 50 juri terpilih.

ARTIKEL BERKAITAN: Raih 4.8 juta undian, trofi ‘Gempak Most Wanted 2024’ sekali lagi milik Anna Jobling 

ARTIKEL BERKAITAN: Terima 1.5 juta undian, Anna Jobling pemenang trofi ‘Gempak Most Wanted 2023’

Sementara itu, pelakon Safwan Nazri turut membawa pulang Program Digital Tergempak menerusi podcast Sembang Seram.

Kumpulan meningkat naik, Alpha pula tidak pulang dengan tangan kosong apabila mendapat dua anugerah iaitu Video Lagu Tergempak dan Lagu Era Tergempak.

Tidak ketinggalan pempengaruh seperti Wani Faizun, Christy Eng, Jason, Sir Badang, Hakim Nanyan, dan Nigel Sparks turut memenangi anugerah pada malam itu.

Acara yang berlangsung di MBSA Shah Alam Selangor itu dimeriahkan dengan persembahan Aisha Retno, Aina Abdul, Fadilah Intan, Thalita,  Zaki Yamani, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini dan Nadeera.

Berikut adalah senarai penuh pemenang GMWA2025;

1. Digital Creator (Lifestyle) Tergempak - Wani Faizun

2. Digital Creator (Entertainment) Tergempak - Christy Eng

3. Digital Creator (Foodie) Tergempak - Jason 

4. Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak - Sir Badang

5. Digital Creator (E-Sports) Tergempak - Hakim Nanyan

6. Selebriti Tergempak - Meerqeen

7. Drama Tergempak - Thariq Ridzuwan His Treasure

8. Video Muzik Tergempak - Alpha

9. Lagu Era Tergempak - Alpha

10. Program Digital Tergempak - Sembang Seram (Safwan Nazeri)

11. Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak -  Nigel Sparks

12. Hos Program Tergempak - Amelia Henderson

13. Gempak Most Wanted Awards - Meerqeen

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain