suria

Terima 1.5 juta undian, Anna Jobling pemenang trofi ‘Gempak Most Wanted 2023’

Anna Jobling pemenang Gempak Most Wanted 2023.

DENGAN undian sebanyak 1.5 juta, pelakon Anna Jobling membawa pulang trofi utama menerusi Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA2023) yang berlangsung pada malam Ahad.

Tidak hanya itu, Anna turut memenangi dua lagi kategori iaitu Selebriti Tergempak 2023 dan Drama Rambut Tetap Boom mengetepikan tiga nama lain iaitu Tracie Sinidol, Nad Zainal dan Janna Nick.

Drama lakonan Anna bersama Meerqeen iaitu Melur Untuk Firdaus 2 yang disiarkan di TV3 sebelum ini turut membawa pulang trofi Drama Tergempak.

WhatsApp Image 2024-02-25 at 11.52.52 PM (1)

Anna terkejut dipilih sebagai pemenang utama GMWA2023.

"Alhamdulillah saya tak sangka sebab calon lain sangat hebat, rezeki yang tidak disangka-sangka... Memang terkejut.

"Sejujurnya saya ingat Khai Bahar atau Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menang sebab mereka ada sokongan peminat yang cukup kuat," katanya ketika ditemui sejurus selepas acara berakhir.

GWMA2023 berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Haliza Maysuri tak lokek berhabis RM3.5 juta untuk majlis resepsi anak lelaki, gaun menantu dihiasi hampir 200,000 batu Swarovski

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani bakal tawan Island Peak di Nepal, mungkin terpaksa mendaki ketika bulan Ramadan

Penyanyi Aina Abdul tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi kategori Lagu/Audio Tergempak menerusi Jangan Mati Rasa Itu.

Manakala gandingan Khai Bahar dan Nabila Razali menerusi lagu Selagi Ku Ada dipilih pemenang kategori Video Muzik Tergempak.

Antara pemenang lain pada malam tersebut adalah Mikhail Imaan menerusi kategori Video Tergempak, Dr. Say Shazril (Digital Content Creator Motivator Tergempak) dan Pok Ro Gaming (Gamer Tergempak).

Dalam pada itu, penyanyi terkenal Indonesia Melly Goeslaw pula menerima anugerah khas iaitu Hall of Fame.

Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan dengan pemenang dipilih berdasarkan undian atas talian.

GWMA2023 dihoskan oleh Zizan Razak, Sherry Alhadad, Amelia Henderson dan Sean Lee.

Acara itu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Haqiem Rusli, Dolla, Hael Husaini, Kaka Azraff, Khai Bahar, Akim & The Majistret, Aina Abdul dan Melly Goeslaw.

Berikut adalah senarai penuh pemenang GMWA2023;

1. Video Tergempak - Mikhail Imaan (Kesian Girlfriend Lapar)

2. Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak - Amin & Abid Othman

3. Digital Content Creator (Motivator) Tergempak - Dr. Say Shazril

4. Drama Tergempak - Melur Untuk Firdaus 2 (TV3 Malaysia)

5. Lagu/Audio Tergempak - Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu)

6. Gamer Tergempak - Pok Ro Gaming

7. Video Muzik Tergempak - Selagi Ku Ada – Khai Bahar X Nabila Razali

8. Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak - Rahman Chea

9. Selebriti Digital Tergempak - Anna Jobling

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain