suria

[V] Anna Jobling habiskan masa 2 jam bertemu Puteri Ameerah, masih tak percaya anak Sultan Brunei peminatnya

PELAKON Anna Jobling menyifatkan dia sebagai bertuah apabila dapat bertemu dengan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah sewaktu kunjungan ke Brunei baru-baru ini.

Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling, 24, berkata, dia dimaklumkan Ameerah ingin bertemu dengannya selepas mengetahui keberadaannya di negara berkenaan.

Ceritanya, dia tidak menyangka puteri diraja itu mengenali malah meminati lakonannya.

NP-109

Anna tak sangka Puteri Ameerah minat dan menonton drama lakonannya.

“Hari pertama di Brunei saya dimaklumkan oleh pengurus Ameerah ingin berjumpa dengan saya.

“Terkejut sebab dia kenal saya. Keesokan hari, Ameerah sampai ke majlis di sebuah hotel, terus datang dan peluk saya.

“Sangat susah bertemu dengannya malah orang Brunei yang bersama kami pun mengakui sukar berjumpa Ameerah walaupun mereka tinggal di sana,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima 1.5 juta undian, Anna Jobling pemenang trofi ‘Gempak Most Wanted 2023’

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi gambar bersama sebab promosi drama, Amir Ahnaf tak campur urusan peribadi Anna Jobling

Anna berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas tamat program Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya pada malam Ahad.

Pada pertemuaan itu, Anna memberitahu dia dan Ameerah sempat menghabiskan masa selama dua jam berbual mengenai pelbagai perkara termasuk kehidupan, karier serta kucing.

Malah, Anna juga memberitahu dia tidak sangka Puteri Ameerah turut menonton drama lakonannya.

Terkejut sebab dia kenal saya. Keesokan hari, Ameerah sampai ke majlis di sebuah hotel, terus datang dan peluk saya.

ANNA JOBLING

PELAKON

“Rezeki saya dapat bertemu dengannya...Kelakarnya Ameeerah meminati saya dan saya juga meminati dia.

"Sepatutnya dia jumpa saya sekejap sahaja tapi kami luangkan masa hampir dua jam berbual tentang kehidupan, karier, tentang Brunei dan kucing. Beliau sangat menyukai kucing.

“Beliau seorang yang merendah diri, lembut dan manis. Ia sebuah majlis keramaian, kalau ada orang datang nak minta bergambar, dia akan layan. Dia sangat cantik," kongsinya.

Sementara itu, Anna memberitahu Ameerah turut menyedari apabila ramai mengatakan wajah mereka mirip dan menyifatkan ia sebagai satu pujian.

NP-110

Anna menang besar pada malam Gempak Most Wanted Awards 2023.

"Saya pernah terbaca komen ramai cakap wajah kami seiras. Saya ambil masa dalam dua minit tenung wajahnya dan cari persamaan dimaksudkan.

"Mungkin pada bahagian bibir dan mata ada sedikit persamaan. Ameerah beritahu ia satu pujian apabila ada kata wajah kami seiras," katanya.

Dalam perkembangan lain, Anna melahirkan rasa syukur apabila merangkul tiga anugerah di GMWA termasuk trofi utama, Selebriti tergempak dan Drama Rambut Tetap Boom.

Bukan itu sahaja, drama lakonannya bersama Meerqeen iaitu Melur untuk Firdaus 2 turut membawa pulang trofi Drama Tergempak 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain