GARA-GARA berkongsi foto percutian bersama keluarga di Pulau Langkawi, usahawan sensasi Liana Rosli menerima kecaman netizen yang mempersoalkan keadaan ketiaknya yang kelihatan kemerahan seperti kurap.Tampil menjelaskan perkara itu, Liana atau lebih mesra disapa Kak KM berkata, kulit di bahagian ketiaknya menjadi merah dan seolah-olah terbakar selepas mencuba produk tiruan yang dijual dengan menggunakan namanya. “Itu bukan kurap. Kulit saya memang elok sebelum ini, cuma hari itu saya cuba pakai produk saya yang dijual secara tiruan oleh pihak tidak bertanggungjawab.Kak KM bercuti bersama keluarga di Pulau Langkawi.“Saya beli dan guna sendiri untuk pastikan ia selamat atau tidak sebab pernah viral sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar.Menurut Liana, selepas mencuba dia mengalami keradangan pada kulit sehingga menyebabkan kemerahan yang agak teruk.“Memang teruk kesannya pada kulit. Keadaan kuit itu jadi lebih teruk bila saya mandi laut semasa bercuti."Sebab itu saya selalu ingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan jangan beli produk tiruan kerana ia boleh merosakkan kulit," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Dia yang buka sendiri!” – Kak KM nafi canang isu rumah tangga Kak Nona, tak berhubung sejak Raya Haji tahun laluARTIKEL BERKAITAN: Kak KM sedia berdamai, tahu Kak Nona berdepan masalah rumah tangga... “Ramai salah faham, saya sekadar teringat bukan rindu”Dalam masa sama, Kak KM memberitahu masalah kulitnya itu sudah berlarutan selama beberapa bulan namun semakin beransur pulih.“Sudah beberapa bulan, tapi masih belum pulih sepenuhnya,” katanya.Sebelum ini, foto percutian Kak KM bersama keluarga menjadi perhatian apabila dia mengenakan pakaian yang mencolok mata sekali gus memaparkan bahagian ketiaknya yang kelihatan kemerahan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!