suria
mStar - Urban.Versatil

“Sampai jadi benci nak keluar” – Nabila Huda sudah penat tanggung rindu tak pernah habis

Nabila Huda kongsi luahan hati yang terbuku.

TIADA angin tiada ribut, pelakon Nabila Huda tiba-tiba meluahkan isi hati yang sekian lama dipendam menerusi satu perkongsian di media sosial.

Tanpa memperincikan punca sebenar, Nabila atau mesra disapa Abil, 41, berkata dia sekadar ingin meluahkan rasa sebagai manusia biasa yang mengimpikan kebahagiaan dan kesederhanaan dalam hidup.

Menurutnya, dia sudah penat dengan perasaan sedih dan rindu yang seolah-olah tidak pernah berpenghujung.

Nabila bukan mahu raih simpati ramai.

“Sebagai seorang manusia, saya cuma nak kebahagiaan dan kesederhanaan dalam hidup.

“Sejujurnya saya penat, fed up dengan rasa yang mungkin takkan pernah hilang. Rasa sedih yang macam tak ada penghujung. Rasa rindu yang tak pernah habis. Rumit!” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Nabila menjelaskan ramai yang menyarankan agar dia membuang ego dan berdamai demi mencari ketenangan. 

Namun tegasnya, perkara tersebut bukanlah semata-mata mengenai ego atau keengganan untuk berbaik daripada pihaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda tiba-tiba hilang ‘mood’, mahu menyendiri jauh daripada orang ramai

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda hidap slip disc, minta ubat tahan sakit paling kuat demi selesaikan teater muzikal

“Tapi ini bukan soal ego, ini bukan soal berdamai. Ini soal kedamaian itu datang tapi sementara.

“Bila seorang saja yang pegang, walau sekuat mana pun cuba kukuhkan, akhirnya tetap runtuh dan kebahagiaan itu jadi sementara lagi. All over again, bertahun-tahun pusing balik ke tempat yang sama,” luahnya.

Tambahnya, dia sudah cuba menjalani kehidupan seperti biasa dan mengabaikan perasaan tersebut, namun rasa itu tetap hadir dan sukar untuk ditanggung.

Lebih parah lagi apabila perasaan tersebut memberi kesan kepada kehidupannya dan membuatkan dia selesa berkurung di rumah.

Nabila sudah penat lalui pengkhianatan berulang kali.

“Saya cuba hidup seperti biasa, saya cuba untuk abaikan dan move on. To just live my life tapi rasa itu tetap ada dan untuk menanggungnya berat. Sangat berat!

“Sampai saya jadi benci nak keluar, tak nak terjumpa, tak nak ternampak muka yang pernah saya sayang sepenuh hati, tapi akhirnya jadi pengkhianat dan luka paling dalam,” katanya lagi.

Pun begitu, Nabila memberitahu lokasi penggambaran menjadi tempat terapi terbaik buat dirinya. 

“Bila saya sibukkan diri, the noise in my heart goes quiet walaupun sementara.

But seeing a piece of myself on that stage, it broke me. Happy, rindu, hancur, marah, sedih, semua jadi satu. It was heartbreaking and maybe I wasn’t supposed to be there in the first place,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain