suria

Nabila Huda tiba-tiba hilang ‘mood’, mahu menyendiri jauh daripada orang ramai

Nabila kini mahu menyendiri jauh dari orang ramai dan media sosial.

PELAKON Nabila Huda mendedahkan dia kini berada dalam fasa kehidupan di mana lebih memilih untuk menjauhkan diri daripada dunia luar termasuk orang ramai dan media sosial. 

Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 41, berkata, dia tidak lagi mempunyai keinginan untuk berinteraksi dengan sesiapa mahupun berpura-pura peduli terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya.

Kata Nabila, perasaan tersebut bukan berpunca daripada kesedihan atau kemarahan, sebaliknya mahu mencari ketenangan diri. 

Perkongsian Nabila yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Perkongsian Nabila yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Ada sesuatu yang tak kena dengan diri saya sejak kebelakangan ini. 

"Saya tak rasa nak jumpa orang, tak rasa nak bercakap, membalas mesej, memuat naik apa-apa, atau pura-pura ambil peduli tentang apa yang berlaku di sekeliling saya. Saya langsung tak ada mood untuk semua tu.

"Bukan sebab saya sedih atau marah. Saya pun bukan dalam mood yang tak menentu. Saya cuma rasa macam perlu jauh daripada semua benda sekejap. Jauh dari bunyi bising, jauh dari orang. Saya cuma nak ketenangan," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Belum layak mahu mengajar, Nabila Huda tak lokek kongsi ilmu di IG... “Bakat ada dalam diri sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Karma itu wujud, Nabila Huda anggap influencer hina kerja seni kurang kasih sayang

Nabila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad. 

Tambah pelakon filem Telaga Suriram itu, dia sudah tidak mempunyai tenaga untuk berpura-pura mempunyai semangat terhadap perkara yang tidak memberi makna buat dirinya. 

"Saya tak ada tenaga nak berpura-pura yang saya okay atau teruja dengan benda-benda yang dah tak membangkitkan apa-apa dalam diri saya.

"Saya pun tak nak ambil tahu apa yang sedang berlaku termasuk berita dan gosip terbaru," ujarnya. 

Aktres berkenaan turut menegaskan perasaan yang dialaminya itu bukanlah rasa benci sebaliknya lebih kepada rimas. 

Perasaan rimas membuatkan Nabila mahu menyendiri seketika.

Perasaan rimas membuatkan Nabila mahu menyendiri seketika.

"Bukan sebab benci. Cuma rimas. Itu saja perkataan yang paling sesuai.

"Rimas dengan orang, media sosial dan kebisingan yang tak pernah berhenti.

"Rimas yang buat kita rasa nak menyorok dan diam saja. Mungkin jiwa saya sedang minta untuk di-reset semula," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain