suria

Ieda Moin terpaksa tarik diri dari MLS5, mohon henti buat spekulasi… “Saya hanya alami gastrik, bukan kanser”

Ieda umum tidak lagi menyertai MLS5 bersama Puteh.

PELAKON Ieda Moin meminta orang ramai supaya tidak mudah membuat sebarang spekulasi berhubung masalah kesihatan yang dialami selepas mengumumkan menarik diri daripada program Muzikal Lawak Superstar musim kelima (MLS5).

Tampil menjelaskan perkara sebenar, Ieda atau Siti Haida Abdul Moin, 46, memberitahu dia mendapat nasihat doktor untuk berehat selepas  disahkan mengalami gastrik .

"Ada yang cakap saya hidap kanser selain anggap sakit ini disebabkan kesan pembedahan bariatrik. Orang mula beranggapan saya sakit teruk.

Ieda bersama kumpulan Puteh ketika minggu pertama MLS5. 

"Sebenarnya saya mengalami masalah gastrik dan mendapat nasihat doktor untuk berehat dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

"Saya juga tidak mahu ada yang berfikir saya tak boleh lagi bekerja. Saya perlu rehat sekejap sebelum kembali aktif seperti biasa," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Dalam program MLS5 yang berlangsung pada malam Sabtu, Ieda yang merupakan anggota kumpulan Puteh terpaksa menarik diri daripada terus bertanding atas faktor kesihatan dan rawatan susulan yang perlu dibuat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ieda Moin pernah hampir jadi songsang, syukur ada yang selamatkan… “Bukan bercinta bagai nak rak, hanya wujud rasa sayang” 

ARTIKEL BERKAITAN: Pakaian ketat ‘memanggil’ sejak kurus, Ieda Moin syukur peminat selalu tegur fasal penampilan

Menurut Ieda, masalah gastrik tersebut mula dirasakan sejak minggu pertama menyertai program berkenaan.

Ieda juga tidak menolak tekanan berada di pentas itu serta kurang berehat menjadi punca dia jatuh sakit.

"Saya sudah biasa sibuk bekerja di lokasi penggambaran, tetapi apabila menyertai pertandingan ini tekanan dia berbeza.

Orang mula beranggapan saya sakit teruk

IEDA MOIN 

PELAKON 

"Bermula minggu pertama lagi saya asyik muntah selepas makan. Tetapi cuba juga untuk paksa diri. Apabila sudah sampai had saya rasa perlu dapatkan rawatan.

"Selepas mendapatkan nasihat doktor saya berbincang dengan rakan pasukan dan kemudian memaklumkan kepada pihak produksi. Mereka juga menerima baik keputusan ini kerana kesihatan adalah sangat penting," ujarnya.

Ieda perlu masa rehat sebelum kembali bekerja. 

Menurut Ieda kini dia dalam tempoh rawatan dengan mengambil ubat yang dibekalkan pihak hospital.

Malah ketika dihubungi, suaranya kedengaran sedikit lemah namun tetap ceria menceritakan keadaan kesihatannya.

"Setakat ini doktor beri ubat dan saya perlu rehat dahulu. Jika tidak sembuh barulah akan diberi rawatan susulan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain