suria

Puteri Sarah pertahan Andi Arsyil selepas digelar ‘Konoha’

Puteri Sarah kini sedang berkawan rapat dengan Andi (kanan).

PELAKON Puteri Sarah Liyana tampil mempertahankan teman rapatnya, Andi Arsyil selepas seorang netizen mempersendakan aktor Indonesia itu dengan gelaran 'Konoha'. 

Menerusi komen balas di TikTok miliknya, Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, seakan-akan tidak selesa apabila Andi digelar Konoha. 

"Tak perlulah hina orang Konoha. Tengok TikTok awak pun tidaklah hebat mana," tulisnya. 

Puteri Sarah menegur seorang netizen yang tidak menjaga tutur kata.

Puteri Sarah menegur seorang netizen yang tidak menjaga tutur kata.

Malah, aktres drama Andai Itu Takdirnya ini turut mempersoalkan pencapaian individu yang melemparkan gelaran itu seolah-olah merasakan dirinya lebih hebat.  

"Ingatkan ada 10 kereta ke, rumah lima biji ke, biasa saja sebenarnya ada hati nak kutuk orang," ujarnya. 

Puteri Sarah membuat kenyataan itu selepas memuat naik sebuah video pendek yang dipercayai meniru trend viral di TikTok. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia ada ketika saya sedih” - Puteri Sarah mula kenal hati budi Andi Arsyil

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada istilah tanggung ‘biawak hidup’, Puteri Sarah minta netizen Google siapa Andi Arsyil

Dalam video tersebut, Andi dilihat berada di sebelahnya sambil 'berlakon' tidak menyedari kelakuan spontan Puteri Sarah.

Untuk info, Konoha adalah nama sebuah kampung fiksyen dalam siri animasi Jepun iaitu Naruto Shippuden dan netizen menganggap Konoha sangat mirip dengan republik itu kerana banyak persamaan daripada segi masyarakat, kepimpinan dan cara negara itu diuruskan.

Bagaimanapun sejak istilah Konoha tular di media sosial, terdapat netizen menggunakan gelaran itu secara kasar atau merendahkan orang lain terutama untuk rakyat Indonesia.

Sebelum ini, timbul desas-desus mendakwa Puteri Sarah dan Andi sedang menjalin hubungan istimewa selepas pelakon wanita itu bercerai dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof pada Jun 2023.

Dalam temu bual bersama mStar Puteri Sarah mengaku hubungan mereka memasuki episod baharu apabila dia sedang mengenali hati budi Andi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain