KEMUNCULAN pelakon Harissa Adlynn di Grand Final All Star Championship yang berlangsung di Arena Sukan Kuala Lumpur pada malam Sabtu mencuri perhatian ramai sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.
Tampil menjelaskan perkara itu, Harissa atau nama sebenarnya Harissa Adlynn Abdul Halim, 22, berkata kehadirannya adalah untuk memberi sokongan kepada rakan baiknya iaitu personaliti media sosial Imranul Effendy yang bertanding dalam kategori lightweight menentang peserta bernama Amir.
"Saya di sini untuk sokong Imran. Dia kawan saya. Kami kenal sejak menyertai All Star Influencers tahun lepas.

Harissa hadir memberikan sokongan terhadap Imranul.
“Saya dan mama pun rapat dengannya dan bila tahu dia masuk pertandingan ini, kami datang beri sokongan," katanya kepada mStar.
Harissa ditemui sebaik sahaja tamat perlawanan akhir malam tersebut dan turut ditemani ibunya yang kelihatan mesra bersama Imran.
Ditanya sejauh mana hubungannya dengan Imran, Harissa menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dan menganggap Imran seperti abang sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Harissa Adlynn jawab tuduhan ‘cepat perasan’, minta penyebar fitnah tampil bersemuka
ARTIKEL BERKAITAN: Harissa Adlynn dihujani panggilan rakan artis, isu bau badan undang salah faham... “Mereka semua wangi”
"Dia pun rapat dengan mama saya dan panggil mama juga. Saya memang suka berkawan, termasuk dengan kawan lelaki.
"Tak semestinya bila saya rapat dengan lelaki, kami ada hubungan istimewa. Buat masa sekarang saya fokus pada kerjaya," kongsinya.
Menuru Harissa, dia enggan mengulas mengenai sama ada Imran memenuhi ciri-ciri lelaki idaman yang dicari.
Kami memang dah lama berkawan dan Harissa seorang kawan yang baik.
HARISSA ADLYNN
PELAKON
"Kalau nak cakap lelaki tinggi, ramai je yang tinggi. Kalau wangi pun ramai juga yang wangi," katanya berseloroh.
Sementara itu, Imran ketika ditemui turut menegaskan hubungan mereka hanya sekadar rakan baik dan tidak lebih daripada itu.
Katanya, dia tidak menyangka Harissa benar-benar hadir memberikan sokongan pada malam tersebut walaupun hanya mengajak secara spontan.
"Kami memang dah lama berkawan dan Harissa seorang kawan yang baik.

Imranul merupakan juara kategori lightweight dalam Grand Final All Star Championship.
"Saya ada pelawa dia datang tapi tak sangka pula dia betul-betul datang sokong," tambahnya.
Sebelum ini, Imran berjaya mencipta kejayaan manis apabila dinobatkan sebagai juara kategori lightweight dalam Grand Final All Star Championship dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.
Selain Imran, pelakon dan penyanyi, Fareez Fauzi turut mencuri tumpuan apabila muncul sebagai juara kategori mid weight dan membawa pulang RM50,000 dalam acara sama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


