suria

Kamal Adli perjelas satu persatu tuduhan, tak pernah abaikan keluarga… “Demi Allah saya sayang isteri dan anak”

Kamal sentiasa utamakan keluarga.

PELAKON Kamal Adli tampil menepis tuduhan netizen yang mendakwa dia terlalu sibuk bekerja hingga tiada masa untuk keluarga dan anaknya, Hawra Uqaira.

Kamal, 39, berkata tuduhan berkenaan bukan sahaja tidak benar, malah menjatuhkan maruahnya.

Jelas Kamal, dia sentiasa mencari ruang untuk meluangkan masa dengan keluarga tercinta walaupun sibuk dengan urusan kerja.

Kamal banyak luangkan masa bersama anak dan isteri.

“Ada segelintir netizen yang membuat andaian saya tiada masa untuk anak sendiri, tak baik tau! Banyak saja masa saya luangkan untuk Hawra, bawa bercuti dan sebagainya.

“Saya seorang ayah yang sangat sayangkan anak, mustahil saya tak fikir fasal Hawra,” katanya

Kamal berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya pada malam Sabtu yang memaparkan foto mesra dia bersama anak dan isteri iaitu Uqasha Senrose. 

Tidak hanya itu, Kamal juga menafikan dakwaan sudah tidak menerima sebarang tawaran lakonan sejak kebelakangan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose dedah terpaksa kembali aktif berlakon, netizen petik nama Kamal Adli

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Kamal Adli, Uqasha Sensrose saling ‘unfollow’ Instagram... “Saya rasa itu biasa”

Menurut Kamal, 39, dakwaan itu tidak masuk akal kerana dia sendiri memilih untuk berehat seketika selepas jadual kerjanya padat selama dua bulan berturut-turut.

"Ada netizen dakwa saya tiada kerja sampai tiga bulan, salah itu. Saya tak ambil job selama dua bulan untuk berehat selepas back to back dengan kerja dan fokus kepada anak dan isteri.

"Alhamdulillah, setakat ni rezeki saya tidak putus, mencukupi untuk keluarga kecil saya. Yang paling penting isteri dan anak saya sihat dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. 

"Saya juga sangat bersyukur isteri dan anak saya dikelilingi ahli keluarga dan orang yang menyayangi mereka," luahnya.

Kamal sangkal dakwaan netizen kurang luangkan masa bersama keluarga.

Dalam masa sama, Kamal mengaku kurang berkongsi kehidupan peribadi di media sosial kerana mahu menjaga privasi susulan trauma dengan kejadian dirinya dipukul ketika di Singapura pada 2023.

Malah dia juga lebih selesa sekiranya urusan rumah tangganya menjadi rahsia antara dia dan isteri selain berharap orang ramai berhenti melakukan provokasi terhadap Uqasha.

"Urusan peribadi kami biarlah menjadi rahsia kami suami isteri. Saya cuma minta, janganlah provoke isteri saya atau meninggalkan komen negatif. 

"Isteri saya juga manusia. Kadang penat kerja, kadang stres. Apa yang terbaik doakan isteri saya dan kami sekeluarga. Demi Allah, saya sayangkan isteri dan anak sangat," ujarnya.

Urusan peribadi kami biarlah menjadi rahsia kami suami isteri.

KAMAL ADLI

PELAKON

Sebelum ini rumah tangga Kamal dan Uqasha menjadi bualan ramai susulan mereka sudah tidak saling mengikuti di Instagram.

Malah netizen juga mendakwa Uqasha mula memberi pelbagai bayangan mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 10 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

CEO GISB, 12 pemimpin dibebaskan