suria

Fattah Amin, Amira Othman doa individu nak boikot diberi hidayah… “Niat mereka hanya nak hadir majlis kahwin, erat silaturahim”

Fattah dan Amira sentiasa doakan mereka yang membencinya.

RAKAN artis diboikot akibat menghadiri majlis perkahwinan, pelakon Fattah Amin meluahkan rasa hairan dan kurang senang dengan perkara tersebut. 

Tidak faham motif gerakan itu ditubuhkan, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, hanya mendoakan supaya golongan itu diberikan hidayah. 

“Saya tidak faham dengan benda itu. Niat mereka hanya nak menghadiri majlis kahwin, maksudnya mengeratkan silaturahim. Lepas tu tiba-tiba ada sesetengah pihak pula nak boikotlah, saya tak faham.

Amira dan Fattah tenang berdepan netizen.

“Apa yang boleh saya cakap, janganlah kita buat benda itu. Kita doakan orang yang nak buat boikot itu diberi hidayah ataupun petunjuk untuk dia ubahlah,” katanya kepada mStar. 

Fattah memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa majlis minum petang The Garden Of Love Fattmira anjuran Usanita TV (UTV) pada Sabtu. 

Ditanya sama ada dirinya terkesan dengan perkara tersebut, Fattah berkata hal itu lebih dirasai selebriti yang diboikot. 

ARTIKEL BERKAITAN;  Ramai nak ‘unfollow’ Fasha Sandha sebab pergi majlis resepsi Fattah Amin, Amira Othman... “Menghadiri majlis adalah wajib, kecuali jika uzur”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kalau nak boikot suka hatilah” - Ernie Zakri

"Saya tidak begitu terkesan sebab tidak berlaku pada saya tetapi mangsa boikot itu," ujarnya. 

Sementara itu, penyanyi Amira Othman yang bersetuju dengan kenyataan suaminya pula berpendapat, setiap yang berlaku adalah asam geram seorang anak seni. 

Positif dengan perkara tersebut, Amira atau Nadia Amira Othman, 32, berkata setiap individu bebas untuk menyebelahi selebriti yang diminati mereka. 

Kalau nak memboikot itu, kami tidak nampak atas dasar apa dia ingin memboikot.

AMIRA OTHMAN

PENYANYI

“Jadi anak seni kan, memang kita tak boleh tutuplah. Akan ada orang suka, ada orang tak suka. Tapi kami tidak mengambil hati atau marah. 

“Saya yakin setiap individu ada pilihan masing-masing. Kalau nak memboikot itu, kami tidak nampak atas dasar apa dia ingin memboikot. 

“Tapi tak apalah. Saya dan Fattah pun nak hidup tenang-tenang. Kalau ada yang tak suka, kami doakan mudah-mudahan suka selepas ini,” katanya. 

Majlis perkahwinan Fattah dan Amira masih menjadi perhatian ramai.

Sebelum ini, media sosial kecoh apabila terdapat segelintir netizen melakukan gerakan memboikot beberapa selebriti yang hadir ke majlis pernikahan Fattah dan Amira pada 14 September lalu di sebuah resort di Sepang.

Antara yang disebut mahu diboikot ialah Ernie Zakri, Anzalna dan Nabila Razali. 

Malah yang terkini, Fasha Sandha turut menjadi mangsa keadaan apabila memuat naik gambar menghadiri majlis perkahwinan pasangan selebriti itu di Johor pada Sabtu lalu.

Artikel Lain