TIADA angin tiada ribut, pelakon Fasha Sandha didakwa tidak lagi mengikuti akaun Instagram aktres Nur Fazura.
Perkara itu disedari seorang pemilik akaun di aplikasi Threads yang membuat luahan tersebut dan mendakwa Fasha baru sahaja mengikuti semula akaun Instagram sahabat baiknya itu.
“Fasha Sandha dah follow Fazura balik. Tapi itulah biar mereka berbaik. Kalian janganlah bakar-bakar, kesian Fazura saya,” tulis pemilik akaun dengan nama Cikfattttttt.

Peminat terkejut Fasha sudah tidak mengikuti akaun Fazura.
Rata-rata netizen turut terkejut dan tertanya-tanya punca Fasha tidak mengikuti akaun Fazura dan kembali mengikutinya semula.
“Kenapa dia (Fasha) unfollow hari itu?
“Kenapa pulak tiba-tiba Fasha unfollow Fazura.
“Macam mana korang boleh tahu unfollow follow ni ya. Korang stalk setiap hari ke?,” tulis beberapa pemilik akaun Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai nak ‘unfollow’ Fasha Sandha sebab pergi majlis resepsi Fattah Amin, Amira Othman... “Menghadiri majlis adalah wajib, kecuali jika uzur”
ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha terima Anugerah Pingat Jasa Baik, tampil anggun mengenakan busana pertunangan berusia 7 tahun
Difahamkan tindakan Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41, tidak mengikuti Fazura kerana berasa ‘rimas’ diganggu netizen yang tidak henti mengecamnya.
Keadaan itu dilaporkan terjadi susulan kehadiran Fasha menghadiri majlis resepsi pasangan Fattah Amin dan Amira Othman yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor pada 11 Oktober lalu.
Dalam masa sama, terdapat juga netizen yang mendakwa kemungkinan Fasha tidak sengaja hingga dia mengikuti semula akaun Fazura.
“Entah-entah dia tertekan unfollow atau mungkin anak-anak main phone maknya. Benda follow unfollow ni bukan la satu perkara yang patut jadi isu pun. Mereka sama-sama rakan artis elok je, netizen je selalu lebih-lebih.

Antara komen netizen di media sosial.
“Terus follow laa tu,” kata netizen lagi.
Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan komen daripada Fasha mengenai isu yang berlaku tidak berjaya.
“Saya sedang memandu. Nanti sampai destinasi saya akan jawab,” katanya.
Sebelum ini, Fasha dikatakan menjadi mangsa ugutan peminat Fazura sehingga dia terpaksa tampil menjelaskan alasan menghadiri majlis perkahwinan Fattah dan Amira.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


