PELAKON Fasha Sandha tampil menjelaskan salah faham yang berlaku mengenai dakwaan dirinya tidak lagi mengikuti Instagram seorang individu.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 41, berkata dia baharu sahaja mengetahui cara membuang seseorang daripada senarai pengikut media sosial itu.
Bagi menjelaskan perkara tersebut dia turut melakukan demonstrasi bersama rakannya Siti Saerah di siaran langsung Instagram miliknya pada Sabtu.

Fasha ketika membuat demonstrasi bersama Siti Saerah.
"Pernah tak korang nampak perkataan follow back terhadap orang yang korang tak unfollow pun tapi rupanya ada cara nak buat macam itu.
"Saya akan tunjuk contoh dengan pergi ke bahagian pengikut Instagram saya, kemudian akan remove Saerah, jadi secara automatik Saerah tak akan ada dalam senarai pengikut saya.
"Tapi di Instagram saya tetap nampak masih mengikutinya. Selain cara block dan unblock rupanya ada cara ini," katanya.
Menurut Fasha dia bertindak berkongsi perkara itu selepas seseorang membuang dirinya daripada senarai pengikut dalam diam.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai nak ‘unfollow’ Fasha Sandha sebab pergi majlis resepsi Fattah Amin, Amira Othman... “Menghadiri majlis adalah wajib, kecuali jika uzur”
ARTIKEL BERKAITAN: Apa sudah jadi! Peminat terkejut Fasha Sandha dikatakan ‘unfollow’ Instagram Fazura
Bagaimanapun Fasha tidak menyebut nama individu berkenaan.
"Ada orang telah remove saya daripada senarai pengikut dia apabila sudah remove dia masih ikuti saya.
"Jadi pada pandangan orang macam Saerah tidak mengikuti saya sedangkan saya yang remove dia," luahnya.
Tambahnya, cara tersebut dikongsikan rakannya selepas menyedari dia tidak mengikuti akaun individu itu.

Fasha tegaskan dia bukan seorang yang mudah untuk tidak ikuti media sosial rakan-rakannya.
Tegas Fasha, dia bukan seorang yang mudah untuk tidak mengikuti rakan-rakan di media sosial malah dia sendiri masih mengikuti bekas suaminya.
"Kita sekadar nak kongsi satu ilmu yang baru saja saya tahu kepada semua pengikut. Saya rasa ia berguna.
"Saya pun baru tahu ilmu ini daripada rakan saya. Saya tidak pernah unfollow sesiapa kerana itu bukan budaya saya.
"Tapi saya okay saja cuma diibaratkan plot twist juga kerana orang boleh salah faham," luahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


