suria

Uqasha Senrose dedah terpaksa kembali aktif berlakon, netizen petik nama Kamal Adli

Uqasha terlihat sebak semasa berkongsi keadaannya.

PELAKON Uqasha Senrose seolah-olah memberi bayangan masih belum bersedia untuk kembali bekerja selepas melahirkan anak sulungnya, Hawra Uqaira pada April tahun lalu.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, mendakwa keputusan untuk aktif semula dalam bidang lakonan dibuat atas kehendak seseorang yang tidak didedahkan identitinya.

Katanya lagi, dia juga agak keberatan untuk meninggalkan anak yang masih kecil sehingga menjejaskan berat badannya.

Uqasha membuat pendedahan itu di siaran langsung TikTok.

"Saya kurus sebab kerja dan saya kerja bukan sebab saya nak.  Tapi dia kata buatlah comeback, padahal baru setahun. Anak pun baru setahun empat bulan. 

"Agak berat untuk saya sebagai orang yang baru kali pertama menjadi ibu. Itu anak pertama saya dan tinggalkan anak setiap hari," katanya.

Uqasha berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung yang dibuat pada malam Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Kamal Adli, Uqasha Sensrose saling ‘unfollow’ Instagram... “Saya rasa itu biasa”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak risau benda belum jadi, Uqasha Senrose minta bukti ke mahkamah syariah

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut individu yang memintanya kembali bekerja namun rata-rata netizen memetik nama suaminya iaitu pelakon Kamal Adli.

Menurut Uqasha, dia juga mengambil pembantu untuk meringankan beban ibunya memandangkan wanita berkenaan sudah berusia.

"Takkan hari-hari anak kena tinggal dekat rumah mama yang dah berumur. Mesti dia penat. Kita yang muda ini pun penat apatah lagi tinggalkan pada mak.

Apa yang berlaku selepas ini saya letak pada takdir.

UQASHA SENROSE

PELAKON

"Mak kita bukan orang gaji. Dia sudah besarkan tujuh adik beradik dan sekarang dia kena jaga cucu pula.

"Jadi saya sendiri cari pembantu sampai dapat untuk tolong mama jaga Uqaira. Apa yang berlaku selepas ini saya letak pada takdir," luahnya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial selepas timbul dakwaan Uqasha dan Kamal sudah tidak lagi saling mengikuti di laman Instagram. 

Antara komen yang memetik nama Kamal.

Bagaimanapun menerusi temu bual bersama mStar, Uqasha lebih selesa untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 10 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia