suria

Tiada isu bayaran rendah, Ruminah Sidek tidak cerewet pilih watak

Ruminah syukur harga tawaran lakonan diberikan kepadanya setimpal dengan status sebagai aktres berpengalaman.

PELAKON veteran Ruminah Sidek meluahkan rasa syukur kerana tidak pernah berdepan dengan masalah bayaran rendah seperti mana yang sering menjadi isu dalam kalangan rakan seangkatannya. 

Kata Ruminah atau mesra disapa Mak Mah, 79, rata-rata produksi cukup faham akan pengalamannya dan menghormati dia sebagai salah seorang anak seni berbakat besar. 

“Bagus, harga yang saya terima semakin bagus.

Ruminah tegas bab bayaran.

"Setakat ini tak pernah lagi ada beri tawaran mengarut," katanya kepada mStar

Tambah Mak Mah dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau membuat rundingan berlebihan setiap kali menerima tawaran berlakon kerana baginya, rezeki yang datang sudah cukup berbaloi.

Malah, ditanya mengenai pemilihan watak, Mak Mah bukan seorang yang cerewet dan sedia menerima apa sahaja peranan asalkan sesuai dengan usianya kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tolak minuman kafein, Ruminah Sidek kekal jaga kesihatan

ARTIKEL BERKAITAN: Ruminah Sidek terima bayaran RM4,000 berlakon filem ‘Anak Bapak’, mampu beli kebun durian

“Kalau ada tawaran adalah, apa sahaja watak nak diberi saya okay sahaja asalkan kena pada usia sekarang.

"Saya pun tidak ada buat rundingan nak lebih, sebab bayaran yang saya terima dirasakan berbaloi,” jelasnya.

Ruminah tampil berkongsi kisah kerjaya seni dalam forum Tribute Penghargaan kepada Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia  (FINAS). 

Ruminah berkongsi perjalanan seninya di forum Tribute Penghargaan kepada Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara anjuran FINAS.

Majlis tersebut merupakan alah satu program sisipan sempena penganjuran Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang dijadual berlangsung pada 1 November ini.

Untuk rekod, Ruminah merupakan antara pelakon wanita veteran yang masih aktif berlakon biarpun usianya hampir mencecah 80 tahun. 

Aktres itu mula bergiat dalam bidang lakonan sejak era 1960-an dan telah membintangi puluhan filem, drama dan telefilem sepanjang kerjayanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia