SUSULAN peserta program realiti Talk To My Manager (TTMM) rebah pada malam Ahad, penyanyi Syada Amzah berkongsi pengalaman mistik yang pernah dialaminya di sebuah dewan auditorium.
Syada atau Nursyuhada Amir Amzah, 27, mendakwa auditorium tersebut mempunyai aura mistik kerana dia sendiri sering merasakan kehadiran perkara ganjil ketika berada di lokasi itu.
Menurut Syada, dia tidak menganggap kejadian mistik yang berlaku sebagai satu perbuatan khianat, sebaliknya percaya ia adalah situasi luar biasa yang kerap dialami dalam setiap program berlangsung di auditorium berkenaan.

Perkongsian Syada di Threads miliknya.
"Talk To My Manager tu buat dekat sana ke? Kalau ya tak hairanlah sebab tempat itu memang berhantu sangat-sangat.
"Tetapi sejak benda (mistik) ini jadi dalam setiap program, sejujurnya saya tak rasa orang hantar benda bukan-bukan. Saya hanya rasa dewan itu sendiri puncanya.
"Saya masuk situ (dewan) sebagai penonton terutamanya di belakang pentas, segala bulu roma berdiri," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Amad sihat sebelum persembahan, laporan pemeriksaan kesihatan juga baik
ARTIKEL BERKAITAN: Amad rebah atas pentas TTMM, satu dewan cemas
Syada berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya.
Dalam pada itu, Syada turut mengimbas kembali detik mengerikan ketika dia menyertai sebuah program realiti ira-kira enam tahun lalu.
Kongsi Syada, pada minggu dia tersingkir dari program berkenaan, dia berdepan dengan pengalaman pelik apabila melihat sesuatu yang merenung tepat ke arahnya ketika sedang bersedia di kapsul sebelum persembahan.
"Ingat tak program itu ada kapsul? Kami perlu bersedia di situ sendirian sebelum berdepan dengan penonton. Waktu saya di program tersebut, 'benda' itu betul-betul berada di atas kepala dan merenung mata saya.

Syada sebelum ini pernah alami perkara sama sewaktu menyertai Big Stage 2.
"Saya masih ingat dengan jelas. Ia juga berlaku pada waktu yang sama ketika saya tersingkir," ujarnya.
Pada malam Ahad, Amad kelihatan lemah sebelum memulakan persembahan di pentas akhir TTMM menyanyikan lagu Cinta Kerana Cinta dan kemudian di bawa keluar oleh produksi.
Bagaimanapun, Amad tetap meneruskan persembahannya sehingga ke akhir, termasuk berduet bersama penyanyi Nadeera untuk lagu Bukan Lagi Kita.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


