suria

Aisha Retno juga 'tumbang', beberapa jam tak sedarkan diri... Dedah alami serang panik

Aisha ketika beraksi bersama Marsya di pentas akhir TTMM.

PENYANYI Aisha Retno mendedahkan dia mengalami serangan panik sebelum tiba-tiba pengsan ketika berada di belakang pentas pada program Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) malam Ahad.

Menurut Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, dia kini sudah stabil tetapi masih dalam proses pemulihan sepenuhnya.

“Ada di situ dengan penuh semangat meskipun ‘tumbang’ seketika (pengsan). Kepada yang bertanya, saya tidak ke hospital sebab saya enggan ke sana.

Perkongsian Aisha di Instastorynya.

“Alhamdulillah, pengsan mengejut dan serangan panik tadi (semalam) hanya berlangsung beberapa jam sahaja.

“Sekarang saya sudah sedar walaupun belum pulih sepenuhnya,” katanya.

Aisha berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada Isnin.

Kejadian Aisha tumbang ini turut mengingatkan kepada insiden peserta Amad yang turut rebah pada malam berkenaan, sekali gus menunjukkan tekanan yang dihadapi oleh peserta yang terlibat sepanjang pertandingan.

ARTIKEL BERKAITAN: Amad rebah atas pentas TTMM, satu dewan cemas

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shuib dapat panggilan minta nombor ustaz, sedih lihat keadaan Amad belakang pentas... Tidak menolak berlaku gangguan mistik

Aisha dalam masa sama memohon maaf kerana belum sempat membalas mesej daripada peminat dan rakan yang prihatin serta memohon doa agar dipermudahkan proses pemulihan.

“Saya sedang berehat sekarang, maaf belum dapat balas mesej. Insya-Allah saya akan jawab apabila sudah kuat untuk bangun dan berjalan.

“Doakan kesihatan saya. Saya juga mendoakan semua yang menonton berada dalam keadaan sihat selalu. Kesihatan memang keutamaan,” jelasnya.

Selain itu, Aisha tidak lupa mengucapkan tahniah kepada Marsya, anak penyanyi Liza Hanim yang diumumkan sebagai juara TTMM.

Marsya dan Liza diumumkan sebagai juara TTMM musim pertama.

“Alhamdulillah, tahniah sayangku Marsya atas kemenangan. Satu penghormatan dapat berkongsi malam kemenangan bersama awak. Seronok sangat buat susunan muzik dan menyanyi bersama.

“Memang dia bintang yang sedang bersinar, sangat mudah dan rendah diri untuk bekerjasama. Terima kasih juga kepada Liza Hanim kerana menjemput saya,” katanya.

Pada peringkat akhir TTMM, Aisha tampil sebagai penyanyi jemputan berduet bersama Marsya dengan lagu Lay Me Down nyanyian asal Sam Smith yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.

Pentas Grand Finale TTMM turut menyaksikan pasangan Shuib dan Thalita dinobatkan sebagai naib juara, diikuti Sharifah Shahirah dan Auddra di tempat ketiga.

Manakala Ameng dan Ammar serta Ina Naim dan Hadie berada di kedudukan keempat dan kelima, manakala Siti Saerah dan Amad pula di tempat keenam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain