PELAKON Siti Saleha memaklumkan bahawa dia bakal menyambut kelahiran bayi lelaki.
Menerusi satu hantaran ringkas di Instagram miliknya, Saleha atau Siti Saleha Mohd Baharum, 35, turut berkongsi kenangan majlis istimewa iaitu acara mandi bunga.
"Alhamdulillah, majlis mitoni (mandi bunga) dan gender reveal berjalan lancar.

Saleha berkongsi kegembiraan bakal sambut bayi lelaki.
"Kami akan dapat anak lelaki," katanya.
Dalam video berkenaan, kelihatan acara bersiram dilakukan oleh suaminya, Joshua Fitton, selain beberapa ahli keluarga yang lain.
Majlis mitoni atau mandi bunga merupakan salah satu adat Jawa yang biasanya dilakukan oleh wanita hamil apabila usia kandungan mencecah tujuh bulan.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Netizen dakwa nampak ‘baby bump’ , Siti Saleha belum sedia kongsi berita gembira... Bakal ambil cuti rehat panjang
ARTIKEL BERKAITAN: Lama simpan rahsia, Siti Saleha umum hamil anak sulung
Ia juga merupakan upacara untuk mendoakan kesejahteraan serta keselamatan ibu dan anak yang bakal dilahirkan.
Pada acara berkenaan, kelihatan juga tetamu melepaskan kepulan asap berwarna biru yang menjadi tanda bahawa Saleha bakal menimang cahaya mata lelaki.
Pada Julai lalu, Saleha dan suaminya berkongsi khabar gembira tentang kehamilannya itu.
Untuk rekod, Saleha dan Fitton mendirikan rumah tangga pada 15 Februari lalu dalam satu majlis yang berlangsung di Janda Baik, Pahang.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


