suria

15 tahun menyepi, Kodan sedia kembali aktif... Tidak mahu kejar populariti

Kodan kini kembali aktif dalam industri hiburan.

SELEPAS hampir 15 tahun menyepi daripada dunia hiburan, penyanyi dan pelawak Kodan akhirnya membuat keputusan untuk kembali aktif. 

Kodan atau nama sebenarnya Ahdan Salleh, 41, berkata, sepanjang tempoh itu dia lebih banyak terbabit dalam kerja-kerja di belakang tabir berbanding tampil di hadapan khalayak.

Menurutnya, peluang merakamkan lagu baharu yang diberikan kali ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mengembalikan semula namanya. 

Kodan menyifatkan kurang menggunakan media sosial menjadi antara punca namanya kurang dikenali.

“Orang nampak macam saya lama menghilang, tapi sebenarnya saya masih aktif di belakang tabir menguruskan acara dan festival.

“Saya bermula dengan nyanyian menerusi kumpulan Flava dalam program Gang Starz musim pertama,” katanya kepada mStar.

Kodan berkongsi perkara itu ketika hadir pada majlis memperkenalkan minyak wangi serta pelancaran single terbaharunya berjudul Lattafa yang berlangsung di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hati nak tapi badan tak mampu” - Othman Hafsham reda tidak lagi aktif mengarah

ARTIKEL BERKAITAN: Kieran kembali jadi penyampai radio, jalani hidup seperti biasa tapi tak boleh terlalu aktif

Mengakui kekurangannya dalam penggunaan media sosial, Kodan berkata hal itu menjadi antara sebab namanya kurang dikenali generasi baharu.

Namun, jelasnya, bukan populariti yang dikejar, sebaliknya dia mahu terus menghasilkan karya yang berkualiti untuk pendengar.

“Saya bukan nak kejar glamor. Kalau ada rezeki, saya anggap itu sebagai bonus. Sekurang-kurangnya bila orang mula kenal saya melalui lagu ini, lebih mudah untuk saya hasilkan karya lain nanti.

“Saya pun sebelum ini tiada akaun TikTok atau media sosial aktif sebab saya artis lama, tapi sekarang kena ikut arus semasa. Media sosial sangat penting untuk promosi muzik,” ujarnya sambil tersenyum.

Untuk rekod, selain menyanyi, Kodan turut menyertai beberapa program realiti seperti Pilih Kasih dan Raja Lawak musim keenam, sebelum bergelar pengacara di RTM.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia