BERPENGALAMAN luas dalam dunia lakonan, aktres Nabila Huda bagaimanapun memberitahu dia belum bersedia untuk membuka tawaran sebagai pelatih bagi bakat baharu.
Kata Nabila atau mesra disapa Abil, 41, dia merasakan tidak layak bergelar acting coach buat masa sekarang memandangkan diri sendiri masih banyak kekurangan.
"Ada yang bertanya untuk saya buat kelas lakonan, tetapi rasanya belum layak lagi. Saya sendiri masih belajar.

Abil sering kongsi pengalaman berlakon di laman sosial.
"Dalam kehidupan harian pun terkapai-kapai sebagai seorang ibu dan isteri. Jadi untuk mengajar itu agak susah," katanya kepada mStar.
Pun begitu pelakon ini tidak pernah lokek berkongsi ilmu dengan rakan artis lain ketika mereka sama-sama terlibat di lokasi penggambaran.
Malah hantaran yang dimuat naik di sosial media juga boleh dijadikan rujukan buat mana-mana pelakon baharu menjalani kehidupan harian.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai dah jadi mangsa buli, Nabila Huda seru 'datin' tampil pertahankan suami
ARTIKEL BERKAITAN: 12 tahun duduk kondo, Nabila Huda macam tak percaya akhirnya pindah rumah teres
"Di Instagram juga saya sering muat naik video get ready with me dan persediaan ke lokasi. Dalam diam itu juga satu bentuk perkongsi ilmu.
"Ketika lokasi jika ada yang bertanya pendapat saya akan kongsi sekiranya berkelapangan. Sekadar berkongsi tetapi tidaklah mengajar.
"Bagi saya bakat ada dalam diri sendiri, kena belajar dari pengalaman," ujarnya.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Abil tampil sebagai salah seorang mentor dalam dalam program SocialCeleb yang mencari bakat baharu di media sosial.

Barisan selebriti yang terlibat dalam program SocialCeleb.
Menerusi program ini ia bakal membuka ruang kepada para peserta untuk merasai pengalaman sebenar industri kreatif melalui bimbingan barisan mentor terlibat.
Selain Abil, selebriti lain yang juga terlibat adalah Datuk Afdlin Shauki, Datuk Aaron Aziz dan Nabil Ahmad.
Pendaftaran untuk peserta bakal di buak bermula 9 September menerusi laman rasmi SocialCeleb.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


