suria

Murah hati Vida belikan Roslan Shah telefon harga RM7,799, netizen mula seloroh hantaran kahwin ‘Lanvida’

Roslan terharu dengan sikap Vida yang pemurah.

SIMPATI dengan keadaan telefon bimbit penyanyi dan pengacara Roslan Shah membuatkan usahawan Datuk Seri Vida bermurah hati menghadiahkan sebuah peranti baharu bernilai RM7,799.

Vida atau  nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, berkata dia berharap telefon bimbit yang dihadiahkan itu dapat memudahkan urusan kerja Roslan selepas ini.

"Saya belikan telefon bimbit baru untuk Cik Lan (panggilan mesra Roslan) seikhlas hati sebab telefon lama dia sudah uzur. Kesian nak buat siaran langsung pun susah.

Vida dan Roslan membeli telefon bersama.

"Harap dengan telefon bimbit baru ini kualiti video Cik Lan nampak lebih cantik," katanya.

Vida berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

Menerusi video tersebut turut memaparkan Vida dan Roslan pergi ke sebuah kedai untuk membeli telefon bimbit bersama.

ARTIKEL BERKAITAN:  Tiada niat nak peluk, Roslan Shah akui tak sekufu dengan Vida... “Saya takut nak kahwin dengan dia sebab kekayaan kami tidak sama”

ARTIKEL BERKAITAN: Sedekah barangan rumah di Terengganu, kediaman Vida diserbu penduduk setempat

Menurut Vida, dia juga pembeli yang dilakukan bersama-sama itu menjadi kenangan indah buat mereka.

Dalam pada itu, Roslan seakan tidak percaya dengan kejutan tersebut malah menyangka Vida hanya bergurau dengannya sebelum ini.

"Sebenarnya saya ingat main-main," luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh pasangan ini membeli barang hantaran kahwin terlalu awal.

Vida dan Roslan memilih telefon bersama.

Malah mereka juga memberi restu kepada hubungan Vida dan Roslan selepas melihat kemesraan pasangan itu.

"Kami setuju dengan Lanvida! Makin serasi nampaknya.

"Awal Datuk Vida beli barang hantaran, nanti dah putus jangan minta balik.

"Rasa Datuk Vida sesuai lelaki yang kelakar, sebab dia suka ketawa. Nampak bahagia saja berdua," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain