suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sedekah barangan rumah di Terengganu, kediaman Vida diserbu penduduk setempat

Vida mesra menjemput tetamu yang hadir.

USAHAWAN Datuk Seri Vida bermurah hati mendermakan barang kelengkapan rumahnya di Kampung Batu Tumbuh, Besut, Terengganu pada Jumaat.

Menariknya, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, turut menjemput penduduk sekitar untuk datang mengambil barang-barang yang masih elok digunakan.

“Siapa orang Jerteh atau Besut, boleh datang ambil barang dalam rumah ini. Ada tilam, katil, meja, sofa, pasu bunga dan macam-macam lagi,” katanya dalam satu video dimuat naik di TikTok miliknya.

Vida kongsi keadaan penduduk sekitar yang menunggunya.

Vida turut berada di rumah berkenaan untuk menyantuni tetamu yang hadir dan menyerahkan sendiri barang-barang tersebut.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Instastory anaknya, Cik B, kelihatan orang ramai mula memenuhi kawasan rumah itu sekitar pukul 3 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tempurung lutut Cik B retak, perlu tiga bulan tempoh rehat... Vida terkejut dapat khabar ketika di luar negara

ARTIKEL BERKAITAN: Vida akhirnya buka mulut jawab isu barang rumah kena sita, sudah lantik peguam beri kerjasama penuh

Vida juga dilihat melayan kehadiran pengunjung dengan mesra dan penuh senyuman.

“Tak sangka seramai ini,” tulisnya ringkas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain