suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mat Sabu sedia serah gaji menteri, mahu mekanisme tahanan rumah terpakai kepada semua banduan

Mohamad Sabu memberi sokongan pada NGO berhubung tahanan rumah untuk semua banduan.

AHLI Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohamad Sabu sanggup menyumbangkan keseluruhan gajinya sebagai menteri sehingga Parlimen dibubarkan bagi menyokong kempen mewujudkan mekanisme tahanan rumah yang terpakai kepada semua banduan.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal undang-undang dan kumpulan masyarakat sivil perlu menggerakkan kempen itu bagi memastikan semua rakyat Malaysia mendapat hak dan layanan sama rata di sisi undang-undang.

"Saya bersedia menyumbangkan keseluruhan gaji saya sebagai menteri sehingga tamat penggal Parlimen sekarang bagi membantu membiayai usaha NGO menerajui kempen ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, mekanisme itu perlu tertakluk kepada peraturan yang adil dan telus serta terpakai secara sama rata kepada semua banduan tanpa mengira kedudukan sosial, pengaruh politik atau hubungan kekeluargaan.

"Undang-undang mesti adil kepada semua. Keadilan tidak boleh menjadi hak eksklusif golongan tertentu. Malaysia tidak boleh mengamalkan sistem keadilan dua darjat," katanya.

Mohamad berkata, pendiriannya berlandaskan prinsip keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. 

Pada masa sama, beliau turut menjelaskan bahawa gesaan itu tidak mempunyai hubung kait mahupun pertikaian peribadi dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau keluarganya.

Terdahulu, Najib kini menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah.

Perintah bertarikh 6 November membenarkan Najib dibebaskan dari penjara selepas membayar denda RM50 juta untuk menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Artikel Lain