ANAK sulung bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelakon Rita Rudaini mengambil pendekatan lebih proaktif bagi memastikan Airit Rayyan Rizqin membuat persediaan rapi sebelum menghadapi ujian penting itu.Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, mengakui dia seorang ibu yang mudah berasa risau sehinggakan mengambil berat setiap perincian berkaitan akademik serta keperluan harian anaknya itu. Jelas Rita, dia sanggup meluangkan masa mencari bahan rujukan dan kelas tuisyen tambahan menerusi platform media sosial demi membantu Rayyan membuat persediaan menghadapi SPM.Rita mahu memastikan anaknya dalam keadaan yang baik semasa menjawab peperiksaan."Mak sekarang macam saya ini, setiap inci saya buat. Bukan kata anak tak boleh buat, cuma saya terlebih risau."Saya cari kelas tuisyen dalam platform Threads dan TikTok. Kalau ternampak apa-apa maklumat akademik berkaitan subjeknya, saya akan terus hantar kepadanya sampai anak pun kata, 'Apa lagi mummy, apa lagi?',” katanya kepada mStar.Bukan sekadar menitikberatkan aspek ulang kaji pelajaran, Rita turut mengawal aspek pemakanan Rayyan di asrama dengan memastikan anaknya mendapat khasiat seimbang sepanjang tempoh tersebut. Rita berkata dia sanggup menanggung perbelanjaan yang tinggi dengan menghubungi pihak pengurusan kafe asrama untuk menyediakan hidangan khas mengikut resipi yang ditetapkan. ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini kagum kematangan dan adab Cik B... “Macam ChatGPT versi manusia” ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini besarkan anak seorang diri, jangan kaitkan kejayaan dengan mana-mana individu"Bila nampak makanan berkhasiat dalam TikTok, saya akan hantar menu kepada orang kafe sekolah dan sediakanlah untuk hidangan pagi, tengah hari, petang serta malam."Bila bil kafe sampai, terkejut juga tengok jumlahnya."Tapi saya tak kisah berhabis duit demi anak asalkan perkara itu memberi manfaat untuk dirinya," ujarnya. Bagi Rita, kejayaan Rayyan melakar kecemerlangan sehingga dinobatkan sebagai antara pelajar terbaik di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) adalah nikmat dan pengorbanan paling bermakna buat dirinya sebagai ibu tunggal yang membesarkan dua cahaya mata lelaki sendirian.Rita akan sentiasa memberikan yang terbaik buat kedua-dua anaknya. "Saya pernah cakap pada anak, apa pun yang awak buat dalam hidup ini kalau gagal, jangan terus 'down'. Awak kena tengok mummy."Mummy pernah gagal dalam hidup dan perkahwinan tapi bangkit serta besarkan awak sampai boleh pergi sekolah yang bagus dan jadi pelajar terbaik," tambahnya. Sebelum ini, Rita pernah mendedahkan inisiatifnya menggunakan perbelanjaan sendiri bagi merancang dan menyediakan makanan tambahan buat Rayyan ketika menduduki peperiksaan percubaan SPM di MRSM Sungai Besar, Selangor pada Ogos lalu.