PELAKON Rita Rudaini meminta netizen supaya tidak mengaitkan kejayaan dua anaknya dengan mana-mana pihak sehingga boleh mengguris hati mereka.Ini kerana Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 51, berkata dia merupakan ibu tunggal yang bersusah-payah memikul tanggungjawab membesarkan dan mendidik anak-anaknya sejak mereka kecil lagi. “Saya sentiasa bersyukur atas setiap rezeki dan kejayaan yang Allah kurniakan kepada anak-anak saya. Rayyan berjaya pecah rekod lari berpagar MRSM. "Sebagai seorang ibu, sudah tentu saya sangat bangga melihat segala usaha, disiplin dan pengorbanan mereka akhirnya membuahkan hasil.“Namun, saya juga berharap masyarakat dapat berlaku adil. Sejak anak-anak masih kecil sehingga ke hari ini, sayalah yang memikul tanggungjawab sebagai ibu dan juga bapa dalam membesarkan, mendidik, mengurus serta memberi sokongan kepada mereka dalam setiap fasa kehidupan,” katanya kepada mStar.Rita berkata demikian sebagai respons terhadap komen segelintir netizen yang tidak berkesudahan mengaitkan kecemerlangan bidang sukan anak sulungnya, Rayyan, dengan bekas suami iaitu Aidil Zafuan.Sebelum ini, Rayyan mencuri tumpuan ramai apabila dilaporkan berjaya memecahkan rekod bagi acara 110 meter lari berpagar dalam sebuah kejohanan sukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini turun padang sokong program CSR sekolah anakARTIKEL BERKAITAN: Isu ‘profesor kangkung’, Rita Rudaini kemukakan pula tuntutan balasMenolak tanggapan negatif sesetengah pihak, Rita menjelaskan dia sama sekali tidak pernah menanam sifat benci dalam diri anak-anaknya terhadap mana-mana pihak, sebaliknya sentiasa mengajar mereka untuk menghormati sesiapa sahaja.“Saya tidak pernah mengajar anak-anak untuk membenci sesiapa, malah saya sentiasa mendidik mereka supaya menghormati semua orang. "Apa yang saya harapkan hanyalah agar pengorbanan seorang ibu yang telah melalui segala susah payah bersama anak-anak turut dihargai dan diiktiraf,” jelasnya.Rita membesarkan anak-anaknya seorang diri. Dalam pada itu, Rita berkata kejayaan yang diperoleh oleh anaknya sekarang adalah atas usaha keras remaja itu sendiri.“Kejayaan yang mereka kecapi hari ini adalah hasil usaha mereka sendiri dengan izin Allah. Saya hanya menjalankan amanah sebagai seorang ibu sebaik mungkin.“Jadi, apabila orang ramai ingin meraikan kejayaan mereka, cukuplah dengan mendoakan yang baik-baik tanpa perlu membandingkan atau mengaitkan dengan perkara yang boleh mengguris hati mana-mana pihak.“Saya percaya setiap anak berhak diraikan atas usaha mereka, dan setiap insan yang benar-benar memainkan peranan dalam kehidupan mereka juga wajar diberikan penghargaan yang sewajarnya,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!