Rita memfailkan tuntutan balas terhadap dua individu berhubung isu kelemahan melibatkan MRSM Sungai Besar.
SELEPAS berdepan saman fitnah berjumlah RM1 juta, pelakon Rita Rudaini memfailkan tuntutan balas terhadap dua ahli akademik berhubung isu kelemahan melibatkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar di Sabak Bernam, Selangor.Saman yang difailkan pada Isnin itu dikemukan terhadap Yang Dipertua persatuan Ibu bapa dan guru (PIBG) yang dikenali sebagai Muafakat MRSM Sungai Besar iaitu Profesor Dr. Mohd Roslan Mohd Nor dan timbalannya, Dr Saidah Haris @ Harith selaku defendan pertama dan kedua serta peguam mereka sebagai defendan ketiga. Ujar Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, langkah yang diambilnya itu kerana mendapati sidang media dilakukan oleh individu-individu berkenaan bersama peguam mereka pada 7 Disember 2025 bersifat fitnah dan mengelirukan.Rita mendakwa sidang media yang dibuat sebelum ini bersifat fitnah dan mengelirukan."Sidang media tersebut menggambarkan seolah-olah pertelingkahan melibatkan Muafakat MRSM Sungai Besar sebagai sebuah organisasi, sedangkan saman yang difailkan adalah atas kapasiti individu persendirian."Saya tidak pernah ada sebarang masalah dengan Muafakat MRSM Sungai Besar sebagai sebuah organisasi. Malah, ketika ia diterajui kepimpinan terdahulu sekitar tahun 2022 hingga 2024, saya antara individu yang sentiasa memberi sokongan."Apa yang saya persoalkan adalah berkaitan kredibiliti kedua-dua plaintif secara individu. Jadi, mengapa keseluruhan Muafakat termasuk ahli jawatankuasa lain perlu tampil bersama dalam sidang media seolah-olah organisasi itu sendiri yang mengambil tindakan terhadap saya," kata dalam satun kenyataan yang dikeluarkan.ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa digelar ‘prof kangkung’, narsisis, dan gila jawatan… YDP dan Naib YDP MUAFAKAT MRSM Sungai Besar saman Rita RudainiARTIKEL BERKAITAN: Asyraf Wajdi bakal panggil Rita Rudaini dan dua ahli akademik berhubung isu samanDalam pada itu menurut Rita, isu yang diperkatakannya sebelum ini bukanlah perkara baharu dan ia telah dimaklumkan kepada ibu bapa pelajar lain sejak kedua-dua pemimpin Muafakat MRSM itu memegang jawatan dalam persatuan berkenaan."Isu-isu yang dibangkitkan bukan perkara baharu. Saya bersama ibu bapa lain telah lama mengemukakan aduan sejak kedua-dua plaintif memegang jawatan dalam Muafakat MRSM Sungai Besar."Namun, apa yang mengecewakan adalah kegagalan mereka untuk memberikan maklum balas yang sewajarnya dalam menangani aduan-aduan tersebut," ujarnya. Sebelum ini, Yang Dipertua Muafakat MRSM Sungai Besar dan timbalannya memfailkan saman terhadap Rita selepas notis tuntutan sebanyak RM1 juta tidak dipatuhi. Roslan (tiga dari kiri) dan Saidah memfailkan saman terhadap Rita.Peguam mereka, Datuk Adnan Seman berkata saman difailkan Mohd Roslan Mohd Nor dan Saidah Haris @ Harith dibuat selepas mendapati Rita memuat naik kenyataan berbau fitnah di Instagram, WhatsApp dan beberapa hantaran platform komunikasi lain. Adnan menegaskan kenyataan itu memberi kesan reputasi besar kepada kedua-dua plaintif memandangkan bilangan pengikut Rita dalam media sosial cukup ramai. Menurut laporan sebelum ini, antara tohmahan dilemparkan Rita termasuklah dengan menggelar mereka sebagai ‘prof kangkung, gila jawatan, penipu, selain dakwaan kedua-dua plaintif sebagai bongkak, narsisis, tidak profesional, tidak layak memegang jawatan dalam Muafakat serta tuduhan salah urus wang ibu bapa, yang tercetus selepas timbul dakwaan badan itu mengenakan kadar yuran tahunan tinggi dan kos tambahan bagi aktiviti lain.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube