SELEPAS namanya semakin dikenali, pelakon Badron Munirah tidak menyangka ada beberapa individu yang secara tiba-tiba mengaku sebagai saudaranya. Badron atau Mohammad Nur Badron Munirah Rio Abdillah, 27, berkata situasi itu membuatkan dia berasa kurang selesa dan waspada terhadap niat orang sekeliling. "Mungkin ada yang mengaku katanya sepupu. Perkara ini ada terjadi (mengaku saudara) sebenarnya. Saya tak berapa suka sangat. Badron tidak menyangka ada yang mula mengaku saudara."Bila orang dah mula mengenali saya, tak kisahlah saudara atau orang luar yang cuba untuk mengaku hubungan kami rapat. "Apabila jumpa orang macam ini, saya automatik rasa macam ini adalah petanda tak bagus," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Badron memberitahu dia tidak tahu niat sebenar individu berkenaan dan berasa pelik apabila orang yang sebelum ini tidak rapat, tiba-tiba mahu menunjukkan hubungan akrab.ARTIKEL BERKAITAN: Badron Munirah seronok jadi ‘provider’ keluarga, akui raya di Sarawak paling meriahARTIKEL BERKAITAN: Hanya ada RM200 dalam poket, Badron Munirah ‘gamble’ datang KL kejar impian bergelar pelakon"Sejujurnya saya tak tahu apa niat mereka. Apa yang saya nampak perkara ini berlaku sangat jelas padahal dulu tak pernah nak rapat siap kutuk belakang. "Tapi bila dah lama tak jumpa dan orang pun mula kenal saya. Mereka pun cuba nak ambil peluang mengaku rapat dengan saya sedangkan ia tidak berlaku sama sekali. "Saya tidaklah kata mereka fake, saya layankan saja semua dengan baik cuma berpada-pada sebab perangai lain-lain kenalah pandai pilih kawan," ujarnya. Malah, lebih mengejutkan apabila ada juga segelintir individu yang berani meminjam wang daripadanya.Berdepan situasi sebegitu, Badron senang mengambil langkah berkata tidak bagi mengelak sebarang masalah kemudian hari. Nama Badron semakin dikenali ramai."Lebih tak sangka ada yang datang tiba-tiba nak pinjam duit. Sebenarnya nak bagi tu memang boleh tetapi sejujurnya saya takut nak beri (pinjam duit). "Takut saya pula yang kena menagih (hutang) satu hari nanti. Biarlah orang nak cakap saya jahat tapi daripada perlu menagih, saya tak berani ambil risiko. "Saya dah pernah kena tipu dengan kawan baik sendiri fasal duit, jadi daripada bergaduh fasal duit lebih baik saya tak bagi," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube