suria

Tak pernah langgar perjanjian, video ucapan Fazura raih perhatian

Fazura kekal tenang berdepan pelbagai isu.

KETIKA kes hak lawatan anaknya menjadi bualan ramai, pelakon Nur Fazura dilihat kekal tenang berdepan situasi tersebut.

Menerusi sebuah video yang tular di platform Threads, Fazura, 42, dilihat baru sahaja selesai menghadiri majlis rumah terbuka peguamnya yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hasan.

Dalam suasana santai itu, mereka sempat berseloroh mengenai isu berkenaan apabila Fazura berkata dia tidak akan dipenjarakan kerana tidak melanggar sebarang perjanjian.

Tular video Fazura kata tak langgar janji.

“Yang penting saya tak dipenjara oleh peguam saya. Sebab sudah berjanji, saya tak langgar perjanjian,” katanya.

Malah dalam video sama, Fakhrul Azman turut kedengaran bersetuju bahawa Fazura tidak melanggar perjanjian yang ditetapkan.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai, dengan rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap ketenangan dan semangat yang ditunjukkan Fazura.

ARTIKEL BERKAITAN: “Banyak kali bagi muka, Fazura didakwa tak beri hak lawatan anak ikut perjanjian mahkamah” - Peguam Fattah Amin sahkan bakal fail semula permohonan

ARTIKEL BERKAITAN: Simpati nasib bekas isteri, Fattah Amin tak tahu Fazura hutang RM4.65 juta

Sebelum ini, bekas suaminya iaitu Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin dilaporkan mengemukakan permohonan secara ex parte terhadap aktres berkenaan atas dakwaan melanggar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan anak.

Bagaimanapun, pada 31 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menolak permohonan Fattah untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas isterinya.

Namun, Fattah dilaporkan bakal memfailkan semula permohonan bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding komital tersebut.

Fattah dan Fazura berbalah hak lawatan anak.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun sebelum bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain