SEORANG wanita yang dipercayai ahli keluarga kepada Que Haidar tampil bersuara susulan terdapat dakwaan memburukkan nama aktor berkenaan.Wanita dikenali sebagai Dayangku Nazeera itu menyifatkan individu yang sering tampil lantang bersuara sebenarnya menyebarkan perkara tidak benar. “Lucunya, orang yang benar-benar jahatlah yang paling lantang bersuara… namun hanya penuh dengan pembohongan.Kenyataan yang diekluarkan wanita dipercayai adik Que.“Tidak mengapa, Allah sentiasa bersama kita. Semoga ada balasan untuk mereka yang menabur fitnah,” tulisnya menerusi satu hantaran di Threads.Meskipun tidak menjelaskan hantaran tersebut secara terperinci namun ia dipercayai berkaitan dengan kenyataan dibuat oleh Linda Jasmine sebelum ini.Sementara itu, menerusi tangkap layar yang tular, Dayang turut memberi peringatan agar pihak berkenaan tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan tanpa asas terhadap Que.Dia juga mengambil langkah menahan diri daripada mendedahkan perkara sebenar kerana menghormati permintaan aktor berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Linda Jasmine dedah punca cerai dengan Que Haidar - “Lindungi anak daripada kejahatan”ARTIKEL BERKAITAN: [V] Perkahwinan 15 tahun sudah berakhir, Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai 2 Julai lalu“Kalau tak tahu cerita sebenar, lebih baik diam daripada menyakiti orang lain dengan fitnah.“Kita ini malas nak buka aib orang itu, tapi kalau kita dah buka, awak mungkin malu sampai tak keluar rumah dan berdepan dengan media.Dalam masa sama, Dayang juga percaya orang ramai tidak mudah diperdaya dan percaya kebenaran akan terbongkar.“Sabar orang ada hadnya. Jadi berpadalah mereka cerita. Kita bersabar sebab abang sahaja. Kalau ikutkan hati, sudah lama aib itu didedahkan. Kenyataan Linda dan Ratu sebelum ini.“Jangan risau, orang bukan bodoh. Cepat atau lambat semua akan tahu siapa sebenarnya yang bersalah,” ujarnya.Sebelum ini, Linda, 53, seolah-olah memberi bayangan mengenai punca sebenar perpisahan dengan Que.Linda memaklumkan keputusan untuk bercerai dibuat demi melindungi dua anak mereka daripada perkara tidak baik.Untuk rekod, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada 2009 sebelum sah bercerai pada Julai 2024.Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube