BEKAS isteri kepada pelakon Que Haidar iaitu Linda Jasmine seolah memberi bayangan mengenai punca sebenar perpisahan mereka.Linda, 53, berkata keputusan untuk bercerai dibuat demi melindungi dua anaknya daripada perkara yang tidak baik. “Saya melindungi mereka (anak-anak) daripada kejahatan, sebab itu saya menceraikan dia. #YTJT,” katanya menerusi satu komen di TikTok.Komen yang dtinggalkan Linda di TikTok.Bagaimanapun Linda tidak berkongsi secara terperinci mengenai perkara berkenaan.Kenyataan tersebut dipercayai sebagai respons terhadap seorang netizen yang menasihatkan agar dia kembali rujuk dengan bekas suaminya itu.Malah, netizen berkenaan turut menyarankan agar mereka bernikah semula demi kebaikan bersama.ARTIKEL BERKAITAN: Linda Jasmine dah biasa sendiri, tiada beza selepas cerai... Sokong anak ceburi dunia hiburanARTIKEL BERKAITAN: [V] Perkahwinan 15 tahun sudah berakhir, Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai 2 Julai lalu“Lebih baik kamu berdua, Que bernikah semula. Kamu berada dalam perlindungan Allah daripada kejahatan, kemudian bersatu kembali demi kebaikan bersama.Hantaran tersebut turut mendapat respons anak mereka, Tengku Ratu yang juga mendakwa berlaku masalah dalam keluarga. Linda bersama anak-anaknya.“Terima kasih atas perhatian anda. Tapi awak tidak tahu apa yang berlaku di sebaliknya,” jelas Tengku Ratu. Untuk rekod, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada 2009 dan sah bercerai pada Julai 2024.Pasangan ini mempunyai dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube