PELAKON Fasha Sandha memberitahu dia langsung tidak pernah menyimpan perasaan sedih mahupun kesal kerana terpaksa membesar tanpa kehadiran seorang bapa.Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata biarpun realiti kehidupannya tidak semewah orang lain, namun dia menyifatkan perjalanan yang dilalui tetap indah kerana dikelilingi oleh ahli keluarga yang sentiasa memberi kasih sayang. "Seperti yang semua tahu, saya tidak mendapat kasih sayang seorang ayah sejak kecil dan saya tidak pernah merungut, bersedih atau menyesal kerana kehidupan saya penuh dengan warna-warna indah walaupun tanpa seorang ayah.Fasha ditemui semasa Rumah Terbuka Kopi Saigon. "Jadi, mungkin hidup saya tidak semewah orang lain, kami makan pun dicatu."Tetapi, saya berjaya hidup dalam keadaan berjimat cermat itu. Saya tidak pernah malu untuk mengaku bahawa saya bukan orang yang senang," katanya kepada mStar.Fasha berkongsi perkara itu pada Rumah Terbuka Kopi Saigon HQ 2026 di Sungai Buloh, Selangor pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha alami keguguran, usia kandungan dah 10 mingguARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha minta ruang, belum teliti babak panas lakonan suami… “Terima kasih kerana menegur” Tambah aktres itu, segala kesusahan yang dilalui sebelum ini mengajarnya untuk lebih menghargai setiap rezeki dalam hidupnya."Alhamdulillah, pengalaman itu yang membuatkan saya rasa bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang," ujarnya.Dalam pada itu, Fasha turut menitipkan pesanan buat kaum wanita agar sentiasa berdikari dan tidak hanya bergantung harap kepada ihsan orang lain, termasuk suami.Fasha dan Aidil lebih selesa hidup bersederhana. "Wanita harus kuat dan berdikari. Tidak perlu mengharapkan duit suami. Semua perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan dan mencari duit sendiri," jelasnya.Dalam program podcast Kenot Brain mStar sebelum ini, Fasha berkongsi pengalaman hidup susah ketika zaman kanak-kanak.Antara yang menarik perhatian ialah kisah dia terpaksa menahan selera makan disebabkan masalah kewangan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube