PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tampil menjelaskan kekeliruan mengenai sebuah projek drama yang bakal menggandingkan dia bersama tunangnya, Syed Saddiq.Menurut Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, tiada sebarang kata putus dibuat tentang penglibatan Ahli Parlimen Muar itu dalam drama terbitan produksi UTV. “Sebenarnya, belum ada perbincangan lanjut mengenai perkara ini. Pihak Amber hanya menjawab pertanyaan daripada rakan media tentang projek bersama BASS.Perkongsian Bella Astillah di Instagram. “Tiada sebarang keputusan dibuat yang melibatkan Syed Saddiq dalam sebarang telefilem. Setakat ini, hanya saya, insya-Allah,” ujarnya.Bella menulis perkara tersebut di Instagram miliknya dengan tangkap layar satu laporan yang menyebut dia dan Syed Saddiq bakal muncul dalam sebuah telefilem.Bercakap lanjut, dia juga cukup memahami tugas dan peranan Syed Saddiq dalam dunia politik, bukannya sebagai pelakon.ARTIKEL BERKAITAN: UTV satukan Bella Astillah, Syed Saddiq! Lebar sayap ke siaran TV digital ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bella Astillah menangis, syukur dapat bakal menantu seperti Syed Saddiq... “Siapalah anak saya ini”Malah, Bella turut menegaskan dan memberi bayangan bahawa tunangnya itu tidak akan terlibat dalam mana-mana penggambaran drama.“Dalam situasi ini, kami memahami kedudukan Syed Saddiq sebagai ahli politik serta peranan utamanya dalam melaksanakan tugas hakiki.Bella memahami tanggungjawab Syed Saddiq sebagai ahli politik. “Memang tiada sebarang perbincangan melibatkan YB untuk berlakon. Dalam situasi sekarang, kami sangat berterima kasih atas sokongan semua pihak,” ujarnya.Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube