suria

“Terlalu overrated” - Nabila Huda tidak suka kongsi kisah bahagia di media sosial, suami sentiasa jadi peneman setia

Abil jelaskan ketiadaan suaminya.

PELAKON Nabila Huda kini lebih selesa untuk tidak lagi berkongsi kisah peribadi secara terbuka di media sosial seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Nabila atau lebih mesra disapa Abil, 41, berkata kebahagiaan yang dimiliki tidak perlu dipamerkan setiap masa hanya untuk memenuhi kehendak netizen.

“Maaflah, rasanya dah terlalu ‘overrated’ untuk kongsi terlalu banyak hal peribadi di media sosial ini. Lagi-lagi nak tunjuk kebahagiaan kita setiap masa. Tak perlulah,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Abil mahu lebih privasi.

Hantaran tersebut dibuat sebagai respons kepada segelintir pihak yang tertanya-tanya mengenai suaminya, Mohd Izwan Johar, yang dilihat jarang muncul bersama di khalayak.

Menurut Abil, suaminya seorang yang tidak gemar berada di tempat yang terlalu sesak atau menghadiri acara besar.

“Pada siapa yang sibuk bertanya mana suami, lama tak nampak, ini dia. Tengok puas-puas, ‘zoom in’ muka dia kalau rindu sangat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai jadi benci nak keluar” – Nabila Huda sudah penat tanggung rindu tak pernah habis

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Dia seorang ayah” - Nabila Huda harap Amy Search selesaikan konflik keluarga, alasan ‘tersepit’ kerap digunakan

“Suami saya memang tak suka suasana ramai-ramai macam ini. Nak jalan karpet merah pun belum tentu lagi, apatah lagi nak pergi majlis-majlis.

“Jadi dilarang menekan-nekan, cuma setiap filem gala kalau berani escape, nak tengok saya bertukar jadi singa,” ujarnya.

Bagaimanapun, Abil menegaskan suaminya sentiasa berada di sisi dan memberi sokongan dalam apa jua keadaan, termasuk ketika dia berdepan pelbagai cabaran.

Abil dan Izwan mendirikan rumah tangga pada 2015.

“Saya mahu semua tahu, di sebalik segala kekalutan saya, dia sentiasa ada untuk saya. Sentiasa menyokong saya, tidak kira apa pun,” kongsinya.

Untuk rekod, Abil dan Izwan mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2015.

Abil sebelum itu pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani, namun bercerai pada 2011 selepas tiga tahun bersama. 

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata Keisha Laila yang kini berusia 16 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain