PROGRAM realiti Talk To My Manager (TTMM) musim kedua kembali lagi, kali ini mempertaruhkan 10 peserta daripada pelbagai latar belakang keluarga selebriti bertujuan mencungkil bakat baharu dalam industri.Untuk musim kali ini, anak kepada penyanyi Adira iaitu Anggerk merupakan peserta termuda yang bertanding. Kanak-kanak berusia sembilan tahun itu bakal bersaing dengan peserta lain yang jauh lebih dewasa.Cik B dan Vida dianggap penyeri TTMM.Tidak hanya itu, kemunculan Jamilulhayat dan anaknya Hussain, juga antara yang mengejutkan penonton memandangkan penyanyi berkenaan sudah lama menyepi daripada industri seni.Malah rata-rata terkejut dengan penampilan Jamilulhayat yang bertongkat semasa acara itu.Bukan hanya itu, penyertaaan Datuk Seri Vida bersama anaknya iaitu Cik B juga mendapat sorakkan ramai dan dianggap bakal mengulangi sejarah pasangan anak-beranak Sharifah Shahirah serta Auddra yang sering menonjolkan karakter sebagai penghibur.ARTIKEL BERKAITAN: Marsya juara TTMM, Liza Hanim sebak tumpang rezeki anakARTIKEL BERKAITAN: Liza Hanim bangga kejayaan anak, Marsya serah kepada ‘manager’ urus duit kemenangan TTMMSelain tiga pasangan itu, peserta lain yang turut tersenarai ialah Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, serta Datuk Fazley dan Fariedz Fazley.Turut bersaing ialah Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra serta Safura dan Kim Khairii.TTMM2 bakal menyaksikan pemenang utama membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, manakala naib juara RM15,000 dan tempat ketiga RM10,000.10 peserta TTMM2 bersama juri dan pengacara.Musim ini turut menampilkan Datuk Aznil Nawawi sebagai pengacara, manakala Che Puan Sarimah dan Datuk AC Mizal sebagai juri tetap.TTMM2 akan bersiaran mulai 19 April 2026, pukul 9 malam, bersiaran langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam dan boleh ditonton di Astro Ria saluran 104.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube