suria

Liza Hanim bangga kejayaan anak, Marsya serah kepada ‘manager’ urus duit kemenangan TTMM

PENYANYI Liza Hanim meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya, Marsya berjaya menjuarai program realiti Talk To My Manager.

Menurut Liza atau Haliza Hanim Abdul Halim, 46, kemenangan itu seakan mengubati hatinya apabila dia sebelum ini belum pernah memegang gelaran juara dalam mana-mana pertandingan nyanyian besar termasuk Gegar Vaganza (GV).

“Semua tahu yang saya masuk Gegar Vaganza dua kali dan tidak jadi pemenang. Saya terima itu sebagai rezeki saya tapi malam ini, saya doakan yang tempat kedua itu biar jadi milik saya, tapi bukan milik anak.

“Saya tak nak tempat kedua milik anak saya. Marsya selayaknya berada di tempat setinggi-tingginya,” katanya kepada mStar.

Lebih manis, kemenangan pasangan ibu dan anak ini turut disertai hadiah wang tunai sebanyak RM30,000.

Bagaimanapun, kata Liza, mereka belum mempunyai sebarang perancangan untuk membelanjakan wang kemenangan tersebut.

“Kami tak terfikir apa nak dibuat dengan duit itu. Kami tak terfikir langsung. Cumanya, Marsya cakap semasa join competition, gaji yang diterima dia mahu selesaikan yuran dia. Sejuknya perut saya dengar itu. Tapi bagi saya, itu duit dia. Buatlah apa yang dia mahu,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi