suria

Akram Floor88 ganti drummer A.C.A.B buat persembahan di Eropah, ada peminat dakwa tak cukup layak

DIBERIKAN tugas menggantikan drammer kumpulan A.C.A.B menjayakan persembahan di Eropah, ahli kumpulan Floor88 iaitu Akram sudah menerima kecaman segelintir peminat band berkenaan.

Ada peminat berpandangan Akram belum cukup layak untuk menggantikan posisi drammer asal A.C.A.B iaitu Zul.

Mengulas perkara itu, Akram atau nama sebenarnya Muhammad Akram berkata dia tidak berkecil hati dengan kritikan yang diterima, sebaliknya berharap peminat dapat memahami kehadirannya hanyalah sebagai pengganti sementara dan bukan untuk mengambil alih tempat sesiapa.

“Saya akan bermain untuk sebagai drammer untuk kumpulan A.C.A.B pada bulan Disember ini di negara Jerman kerana drammer asal iaitu Zul sakit jadi mereka pilih saya untuk gantikan.

“Saya akan jelajah negara Eropah tahun depan dan akan dipinjamkan buat sementara waktu… satu penghormatan sebab dapat bermain dengan kumpulan idola saya sejak sekolah lagi.

“Ada juga yang cakap kenapa pilih saya dan pertikaikan, saya tak pedulikan apa orang cakap sebab kadang-kadang yang komen tu bukannya datang konsert pun sekadar komen di media sosial saja,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi