suria

Lama tak berhubung, Adam Lee profesional tiada masalah dengan Janna Nick... “Boleh tanya dia sendiri”

PELAKON Adam Lee menjawab dakwaan kononnya hubungan persaudaraan dengan sepupu yang juga pelakon iaitu Janna Nick kini semakin renggang.

Menurut Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 31, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Janna dan memberitahu mereka jarang berhubung disebabkan komitmen kerja masing-masing.

“Boleh tanya dia sendiri. Saya tidak ada masalah dengan dia. Untuk saya, tak ada masalah. Dia ada suami, saya ada isteri.

“Kami cuma sudah lama tak berhubung, masing-masing sibuk. Kalau jumpa kami bertegur sahaja. Masing-masing ada komitmen sendiri, ada benda nak kena buat,” katanya kepada mStar.

Adam memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa Pengumuman Top 5 Festival Filem Malaysia pada Isnin.

Dalam pada itu, Adam turut menafikan dakwaan yang mengatakan dia lupa diri selepas namanya semakin dikenali disebabkan Janna Nick.

“Tak baik cakap macam tu. Bagi saya tiada istilah itu. Saya rasa dalam dunia lakonan, kami tidak pernah berlakon sekali dan dia pun tidak pernah bantu dalam lakonan saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi