PELAKON Riena Diana mengakui kekasihnya, Keith Foo yang kini sedang belajar mengenai Islam kerap mengajukan pelbagai soalan berkaitan agama kepadanya.
Bagaimanapun kata Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 28, dia berasa gugup untuk menjawab kerana menyedari ilmu yang dimiliki masih cetek.
“Dulu semasa sekolah, ada belajar tapi tak fokus. Jadi bila dia tanya tu, saya takut nak jawab. Dia rajin membaca, bila tak tahu dia akan tanya.
“Kadang-kadang saya ChatGPT, dan juga cari jawapan dekat TikTok. Barulah boleh jelaskan dekat dia.
“Jadi saya rasa kena masuk kelas agama sebab masih cetek ilmu lagi,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































