suria

Dwan Olan semakin sembuh selepas rawatan fisioterapi, dah boleh menyanyi dan pandu kereta

ISTERI kepada penyanyi Dwan Olan iaitu Zarina Anuar meluahkan rasa syukur apabila suaminya mula menunjukkan perkembangan positif dalam menjalani aktiviti harian.

Menurut Zarina, 53, tahap kesihatan Dwan bertambah baik termasuklah mampu menyanyi dengan lancar dan sudah boleh memandu kenderaan.

“Keadaan abang Alhamdulilah nampak makin bertambah baik selepas balik hospital menjalani rawatan fisioterapi, sekarang ni tak ada nak marah-marah macam dulu dah.

“Daripada segi pergerakan, nampak lain sekarang ni... malah sekarang ni suara pun makin baik sebab sebelum ini ada undangan nyanyian di Kuang, Sungai Buloh jadi abang nyanyi empat lagu malam tu.

“Terkejut juga kak sebab tak sangka boleh nyanyi sampai macam tu, syukur… sebelum tu pun ada juga orang panggil di Pulau Pinang dan Perak,” katanya kepada mStar. 

Untuk rekod, Dwan mengalami serangan angin ahmar pada tahun 2021 hingga menyebabkan lumpuh pada sebelah kiri badan, namun pada tahun 2024 tahap kesihatannya semakin pulih apabila mampu untuk menyanyi semula.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi